.

Get This Wan Hazel Home Wan Hazel Facebook Wan Hazel Twitter Get This.

Al-fitnah ashaddu min al-qatl



Ramai yang anti tengok warna kuning hari ni. Pasal eh ?? Aku suka kuning. Lawa paaaa. By the way , entri ni takde sangkut paut dengan isu politik ye kawan-kawan. Just nak share pendapat. Bila bukak facebook konfem ramai update status pasal bersih kan. Ada yang cakap tu , cakap ni. Sampai emoo gile pon hado. It's okay. Amik mood masing-masing. Hee. But , aku rasa better shut up if xtahu pape. Bukan apa , kang takot tercakap benda yang salah jadi fitnah nama nye. Alfitnah ashaddu min al-qatl. Sesungguhnya fitnah itu lebih besar dari membunuh. Sama-sama kita istighfar :)


Flashback Memories - zaman sekolah rendah (◕‿-)

Bila umoq makin tua , automatik kalot nak ingat zaman dulu-kala. Zaman sekolah rendah. Semua penah rasa kan. Lahaiii... rinduuunye  (╯︵╰)


Dulu-dulu ,

  • Ada salesman jual buku cerita. Arini bagi list , esok mintak duit. Balik rumah bodek abah. Still nak beli buku tu even jalan cerita dah tau. Hikhik  ✖‿✖



Dulu-dulu ,

  • Kat library , belagak baca buku. Errr , padehal just tengok gamba je. Tapi , time ada projek Nilam , semua sebok nak pinjam buku. Hahaa  (◑‿◐)



Dulu-dulu ,

  • RMT kat skolah kadang-kadang sedap , kadang-kadang tak. Tapi , time nasik lemak WAJIB tapau. 



Dulu-dulu ,

  • Semua pakat nak pakai pencil box yang boleh bukak depan blakang. Then ada sharpener kat tengah-tengah. Dapat guna tu dah kira bangga sangat laa. Muahaha (◕‿-)



Dulu-dulu ,

  • Pakai pembaris yang bergerigi , then kat dalam tu macam ada cecair and bende kilat-kilat. Wuu. Sekarang ade lagi tak ye ? Hahaa



Dulu-dulu ,

  • Cikgu pakai pembaris panjang warna kuning. Ade pemegang kat tengah tu. Tapi , tak penah pulak nampak cikgu pegang kat situ. Lollll



Dulu-dulu ,

  • Time pendidikan seni , lukis semuanya boleh. Tapi , sampai time kaler semua hampeh. ✖‿✖



Dulu-dulu ,

  • Kalau boleh taknak masuk darjah 6. Bukan takot UPSR , tapi BCG ! Hewheww (◑‿◐)




# Serius , bila kenang zaman skolah rendah , rasa nak putaq masa balik. Rindu weeee ! Tsskk (T_T)