.

Get This Wan Hazel Home Wan Hazel Facebook Wan Hazel Twitter Get This.

Wordless Wednesday # Aiskrim Goreng



Nakkkkkkk !!!!



Doodle : Semalam



Assalamualaikum awak dan awak lagi :)





Ada apa dengan SEMALAM ??


Semalam mungkin aku pernah kecewa..
Semalam mungkin juga aku buat orang lain merana..
Semalam mungkin aku biarkan airmata ibu mengalir kerana perbuatan dusta..
Semalam mungkin ayah menangis kerana kebiadapanku juga..
Semalam mungkin aku terlalu leka hingga melupakan DIA..



Jangan biarkan perkara SEMALAM berulang kembali..
Moga hari ini, esok dan yang akan datang LEBIH BAIK dari SEMALAM..






# Ianya hanyalah rekaan sekadar peringatan diri dan rakan-rakan. Selamat malam :)









Istanbul Chocolate & Sayedet Al Boldan : Ole-ole dari Mekah

Assalamualaikum awak dan awak :)


Atok gue baru je balik dari buat umrah beberapa hari lepas. Alhamdulillah, dengan umur yang dah  menjangkau 80-an, tok gue berjaya tunaikan umrah dengan jayanya. Tak sampai 2 minggu pon rasanye. Biasa kalau orang balik dari buat umrah or haji ni mesti bawak balik macam-macam kat famili kan. Sama la macam tok gue. Dia tak lupa beli something untuk famili, anak, cucu cicit semua. Macam biasa, tok gue mesti bawak balik air zam-zam, kurma, buah zaitun, kismis, kacang pandai semua tu la. Paling istimewa kali ni tok gue bawak balik coklat untuk cucu-cucu dia. Ehemm! Tok gue memang memahami citarasa cucu-cucu dia la. Haha. Memang tu gue rembat dulu. Bukan ape, kali ni first time gue tengok brand tu. Nama brand pon lain dari yang gue pernah dengar. Selalu dok dengar Cadbury lah, Ferrero lah, Daim lah kan. Kali ni gue tengok sekali brand Istanbul Chocolate and Sayedet Al Boldan. See! Siap ade al-al lagi. Kira istimewa la kan :P



 Istanbul Chocolate

Sayedet Al Boldan


Thank you Tok for this yummi cokelate. First time gue rasa. Not bad! Sedap and ade rasa masin-masin siket. Maybe taknak bagi orang yang makan tu rasa muak kot. Hee. Try la carik kat Giant ke Tesco ke. Gue tak pasti ade ke tak. Hewhew :D




Muka gue ni tua sangat ke ??



Selamat malam sayang :)


Petang tadi gue selamat pegi tengok member sekolah rendah gue kawen. Ok! Da ramai membe sekolah yang kawen sekarang. Tu memang x dapat disangkal. Jodoh kan. Lagipun Allah dah tetapkan setiap perjalanan tu untuk kita. Hee. Tahniah kawan. Be a good wife hokay. Ekcelii kan, dah 10 tahun gue tak jumpa dia. Last gue jumpa dia time umo 12 tahun. Alhamdulillah, Allah masih panjangkan umo untuk kami bersua. Terima kasih Allah :') 


Biasa la kan. Bila dah lama tak jumpa, benda first sekali kena buat peluk cium puas2 (pipi dahi sahaja) dulu then baru salam. Eh?? Bukan salam dulu ke?? Ok, tu memang pesyen bila dah rinduuu sangat. Haha. Lepas tu pegi cari mak member and salam. So, dapat la ole-ole telur. Hikk. Errr. Yang peliknya, asal gue pegi kawen kawan or sedara dekat , mesti soalan ni yang dorang tanya :3


Gue : Alahaaii makcik..lamanyeee tak jumpa.
Mak member (contoh terdekat) : Haaa tulaa Shuhada , kamu bila nak kawen? (sambil peluk gue)
Gue : ....(kembang and kempiskan hidung then senyum)


Gue nak jawap apa pon tak taw. Perlu ke gue cakap gue dah beranak 3.  Perlu ke?? Perlu ke? Hewhew :P



Ke sebab dorang takut gue jadi anak dara tua ?? That's why suka sangat tanya.  Ehh ! Tua sangat ke muka gue ni ?? Setahu gue muka gue ni macam umo 17 tahun ade la. Kan kan. Haha :3





Doodle : Allah itu Maha Pengasih

Assalamualaikum. Have a great weekend semua.




Tak perlu mengeluh bila doa yang kita mohon tak dikabulkan Allah. Mungkin Allah nak uji kita. Sejauh mana kita boleh bersabar dengan segala ujian yang Dia beri. Allah itu Maha Pengasih pada hamba-Nya. Mana mungkin Dia nak tengok dan uji kita tanpa ada sebab dan munasabab. Sabar. Keep on doa's. Allah pasti akan mendengar setiap tangisan kita. Antara lambat atau cepat. InsyaAllah :')




*nasihat untuk diri sendiri dan semua*



Rezeki malam



Tengkiu abam.
Alhamdulillah, hilang kempunan gue. Rejeki rejeki :)
Jemput makang semua.



Makanan yang sedikit, jika dikongsi beramai-ramai, insyaAllah akan terasa kenyangnya.

Kelebihan berselawat pada hari Jumaat




Nabi Muhammad s.a.w bersabda :


"Perbanyakkanlah membaca selawat pada ku pada malam dan hari Jumaat, maka siapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali)"


(Riwayat Al-Baihaqi)






p/s : Jom amalkan sayang-sayang sekalian. Tak perlu tunggu hari Jumaat pon takpe. Hari-hari kan lebih baguss gitu ^^






Tutorial 2 : Cara letak icon comel dalam Blog Archive

Salam Jumaat peeps !


Harini gue as a "cikgu tak bertauliah" nak ajar murid-murid semua cara letak icon yang comel dalam Blog Archive ye ^^







Cara nak buat simple and tak berapa susah.
Jom tengok tutorial di bawah :



Pergi Dashboard > Design > Edit HTML > Tick kotak "Expand Widget Templates"



Ctrl + F , cari kod di bawah :


Masukkan diantara kod yang korang cari tadi dengan kod di bawah ni :




Contoh : 





Preview kemudian Save ! Siap ^^



url icon - korang tukar dengan url icon yang korang nak. Icon comel boleh ambil dekat sini. Cara nak ambil url , click kanan > copy image URL > Paste-kan kat url icon tadi.



Selamat mencuba !



p/s : Terpaksa printscreen code sebab bila letak code dalam entry ni tak keluar dalam post. Maaf :)


Piranha 3DD will eat you ! Beware !!





Assalamualaikum. 
Mood harini, mood wayang ye semua.






Piranha 3DD. See , bukan one D  je taw , but two D ye sayang-sayang. Nampak tak keterujaan gue kat situ. Hewhew. Memang wee, memang gue nak sangat tengok cite ni. Sebab dulu gue penah tengok piranha yang lama punya. Jalan cerita memang EEEuuuuuuuwww !! Geliiii semua ada la! Cuak gila tengok piranha tu makan orang. Sekejap pulak tu. Dah tu makan bukan macam kucing makan ikan hokay! Jap-jap batuk sebab tercekik tulang segala. Haha. Seram seram. Lagi seram dari cite hantu kot. Yeke? Errkkk ! Camane la cara nak bunuh menatang ni ?? Wonder jap (-_-) Hopefully kat sini takde ikan ni la kan. Nauzubillah. But jap. Tadi gue try google (semangat kan) and jumpe blog sorang doctor ni, and dalam comment dia cakap " Kalau ikut report, takder lagi orang mati diserang piranha. Ada yang tercedera jer..." Kirenye kirenye.. ?? Baca sendiri kat sini :)



Little bit synopsis di sini 





Gue tak sabar nak tunggu cite ni kua !! 

Sobsob. Ada sape-sape murah hati nak belanja gue tengok cite ni tak ??




Masker timun : A lot of khasiat !




Assalamualaikum semua.




Harini gue nak kongsi tips sikit. Rasa-rasa nak mantain 17 tahun tu baik baca :P Ececeh, bukan main lagi kan. Kemarin jadi cikgu tak bertauliah, and sekarang nak berangan jadi pakar kesihatan pulak. Hok alooh ! Well, ni je la cara gue nak capai cita-cita time Darjah 1-6 dulu. Tak cikgu, doktor. -,- 


Ehemm ! Masuk harini dah 4 hari gue buat masker timun kat muka. Ewahh ! Kemain kan. Haha. Pasal apa gue buat ?? Errr.. ibu jerawat dah tinggal anak cucu cicit dia kat muka gue. Tak gunak punya ibu jerawat ! Gue da mati akal camana nak hapuskan anak cucu cicit jerawat ni. Takkan nak sembur Ridsect pulak kan (-..-) Bukan seluruh keturunan jerawat je yang mati karang, sekali dengan gue kiok. So, gue tanye la pendapat mak gue tersayang. 


Mummy, how can I kill all the jerawat kat muka ni ?? Kemain seronok lagi dorang menumpang kat pipi ni. Tak malu betul (-_-)

Then, mak gue cakap : Honey, why u don't use timun-timun kat dapur tu ??

Dalam hati gue ( ewaah , speaking pulak mak gue ni. HAHA, ok tipu. Mak gue tak speaking pong. Takyah kagum sangat. hikks )

Continue,

Timun ?? Elok ke timun ni mak. 

Mak gue : Pergi la buat macam kat buku selalu tunjuk tu. Potong timun then tempek kat muka tu. Takpon bagi hancur halus-halus. Nanti lama-lama jerawat mati la. 

Gue : Hah ?!? Biar betik ! Memang hari-hari tak kira siang malam gue nak buat camni.


Lepas je mak gue cakap jerawat boleh mati bila buat camtu, gue terus simpan 2-3 biji timun untuk stok gue. Hikhik. Abah, kalau nak makan timun buat ulam beli lain eh >,<


And sekarang, alhamdulillah, ibu anak cucu cicit jerawat tungu saat je nak mati. Jerawat da kering. Yippii! 


Ehem, see ! Tak payah guna masker yang jual kat kedai pon xpe. Guna timun pon boleh. Takde la membazir sangat ^_^



Masker timun juga dapat mengurangkan kedut di muka dan dapat menjadikan wajah kelihatan segar dan awet muda.


Timun mentah mengandungi  protein dan karbohidrat serta  vitamin dan mineral seperti kalsium, zat besi, magnesium, fosforus, vitamin A, vitamin B1, vitamin B2 dan vitamin C.  


Anda yang ingin menurunkan berat badan, amalkan memakan timun sama ada secara mentah ataupun yang telah dimasak. Jika minum jus timun setiap hari pun boleh menurunkan berat anda. 



Till then, selamat mencuba anak murid sekalian.




credit : petuasejagat :)





Just a while



Being alone in a room for a while. Tengah kumpul mood gue yang dah hilang.  Pheeeeeew :/ Mana dia pergi ni ?? 





Tutorial 1 : Cara letak mini mp3 dalam blog


     Assalamualaikum comel segak sekalian


Harini gue nak buat tutorial. Muahaha. Berangan jadi cikgu jap. Tadi time blogwalking, ada someone request aku ajar camane nak buat mp3 player yang cute mcm blog ni. Ahakss ! Ni first time gue nak buat tutorial-tutorial segala ni. Selama ni gue tengok tutorial orang lain je. kiki. Cuak macam nak amik exam ni. Pheewww  xD





Lets start !


1st step :

Klik sini
Dah klik? Korang akan nampak macam kat bawah ni





2nd step :

Untuk masukkan URL lagu , tekan sini.
Dah tekan? Then korang register dulu hokay.
Nak register just tekan button atas tu.


3rd step :

Bila da register, korang tekan button UPLOAD
Then akan jumpa macam ni kan ??



Korang just pilih lagu yang ada dalam laptop korang and upload ! ^^


Bila da selesai upload, akan keluar code mcm atas ni.
So, copy siap-siap code url lagu korang mcm line merah atas tu k.


4th step :

Kemudian, paste-kan code url yang di-copy tadi mcm gambar bawah ni



5th step :


Untuk decorate mp3 bagi cantik, korang just tekan button sebelah GENERAL tu. Then pilih la colour ikut citarasa korang :)




Dah settle pilih colour, korang copy semua code and paste dekat Add Gadget-HTML korang. 






Last step :


Preview, if ok SAVE ! 






Selamat mencuba :D








Notakaki : Agak-agak paham tak ?? Hewhew. Tak paham bagi tahu ea :)