.

Get This Wan Hazel Home Wan Hazel Facebook Wan Hazel Twitter Get This.

Sifat Anak Soleh






Sifat anak yang soleh mentaati ibu ayah
Tidak membantah malah mentaatinya
Halus peribadinya mencontohi Rasulullah
Tingkah lakunya dijaga akhlak dipelihara
Segala amalan dijaga hanya kerana Yang Esa

Hormat pada yang tua Kasih pada yang muda
Sayang pada ibu ayah dan juga keluarga
Hidupnya rajin berusaha
Tidak pernah berputus asa
Didalam kehidupan penuh pancaroba

Tiada cinta di hatinya Hanyalah cinta Allah
Ada rasa rindu Hanyalah untuk Rasulullah
Kasih dan sayang hanyalah pada ibu ayah
Hormat menghormati sesama insan berbudi
Guru dan teman-teman sentiasa dikasihi
Itulah diantara sifat anak-anak yang soleh

-Anak Soleh by UNIC -



"Apabila mati seorang anak Adam, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu dimanfaatkan oleh orang lain dan anak soleh yang mendoakan untuknya."
- Hadis riwayat Muslim -




Rasa ini




Rasa berat hati. Rasa bersalah. I'm so sorry. Gue memang jarang update / bw / tegur orang sekarang ni. Gue rasa mesti ada yang terasa hati. Sungguh. Really really soooorryyy. Bukan niat dihati apa yang terjadi. Gue rasa gue patut undur diri. 


Spontaneous Thursday # Kamal oh Kamal



Senah bosan dengan perangai tunangnya. Lalu dia menelefon tunangnya untuk memutuskan hubungan mereka.



Senah :  Sayang, maafkan aku ingin putus..
             Sayang, maafkan kita harus putus..

Kamal : Tapi, mengapa ??

Senah : Saya dah bosan dengan awak. Saya sudah ada pengganti baru. Sebelum tu, saya mahu awak kembalikan semua gambar-gambar saya !

Kamal : Baiklah. Tapi saya tak ingat gambar awak yang mana satu. Nanti awak pilihlah sendiri dan yang selebihnya kembalikan pada saya.

Senah : Grrrr... p^#&^&%@!!  BENCINYAAAA...!!

Petikan Remaja 1 Dis :)







Moral :

Muahahaha. Jangan jadi macam Kamal eh, wahai sang jejaka ;D




Sebulan menyepi. Kini kembali.





Hmm. Baru sebulan tak update blog. Tapi gue da rasa kekok nak start macam mana. Nak cerita banyak benda. Tapi time nak taip ada je yang tak kena. Penat. Macam ni rupanya bila dah kerja. Baru gue rasa. Malam ni gue gagahkan jugak diri update even sebarang dua. Jadilah kan. Dari takda. Korang apa khabar? Hope sentiasa dalam lindungan-Nya. In shaa Allah.


Tak banyak benda gue nak cerita.  Kalau cerita pon semua benda biasa-biasa ja. Takda yang istimewa. Rutin kerja semua macam biasa. Alhamdulillah, dapat merasa gaji pertama. Hasil titik peluh jiwa raga. Niat bagi mak ayah merasa duit sendiri tertunai juga akhirnya. Syukur sangat walaupun tak seberapa. Mak ayah gembira itu pun dah senang jiwa.


Hidup kat tempat orang ni semua kena jaga. Gue rasa syukur sangat dapat housemate yang tak pernah nak berkira. Walaupun baru kenal sebulan, gue hormat dia. Dah macam kakak gue sendiri. Dia jaga gue, gue jaga dia.


Sebulan gue tak layan blog, sebulan gue rindu kome. Kome? Rindu gue tak? Ke gue je yang beriya. Haha. Gue tak taw gue merepek apa memalam buta ni. In shaa Allah, gue akan usaha datang blog kalian semua. Terima kasih sudi datang and follow gue. I'll chase u back :)





P/s : Hmm. Malu pulak rasa. Lama tak terjah blog korang. Esp GSF.. I'm sorry.... Hmm. Any tips nak jadi segar balik tak? U_U