Get This Wan Hazel Home Wan Hazel Facebook Wan Hazel Twitter Get This.

Spontaneous :D



" No one among us born as a perfect human. But, we have a choice to turn out to be better than before. Not a perfect one but just a better one "



Freebies : Beautiful lady ?


Tiba-tiba rasa nak buat freebies. First time ni. Muahaha. Kalau suka boleh la ambil & credit-kan kat gue (ikut suka). Tu je nak bebel. Byeee :)








- Auto publish -



Wordless : Dear GSF



Shuhada Othman,
Kg.Bukit, 11900 Bayan Lepas,
Pulau Pinang.



Buat GSF yang diingati lagi dikasihi,

Lama beno rasanya teman tak bertanya kabo. Ape kabo mike semua? Harap semuanya sihat-sihat belaka. Teman ni rindu beno kat mike sebenonye. Tapi malu nak kabo. Hmmm. Ni dapat online kejap pon nyempatkan buat post kat blog. Nanti bila ada rezeki lebih, dah boleh online selalu, teman pegi rumah mike ye. Ni pon teman pinjam housemate punye broadband kejap. Apepun, teman rinduuuu mike.

Sahabat alam maya,
Sahabat selamanya.
 In shaa Allah :)


Salam sayang,
                                                                                                  Teman    








Kuah meatball IKEA cara mudah


Ni resepi yang gue try masa CNY haritu. Kuah meatball ala IKEA. Bebulan jugak la gue simpan resepi ni. Elok je Kak Ieka post kat blog die dulu, terus gue copy. Haha. Bila dok rumah tu paham-paham jelah. Nak makan je kojenyeeee. Tambah gemuk lagi la gini U_U


# Ni masa malam 1st buat. Sedap sangat! Tak rugi cuba. Serious! :)

# Saja try chicken ball pulak. Erkk. Tak sedap. Meatball je gue rasa umphh!
# Garnishing gue failed! Haha. Takpa janji perut kenyang. Thanks again kak ^^


RESEPI KUAH MEATBALL IKEA

Resepi asal di SINI :)


1 biji bawang
1/2 biji tomato
1 1/2 sudu tepung gandum
2 sudu buttercup
100 ml fresh milk
1/2 kiub ayam
1/2 kiub lembu
1 1/2 cawan air

Bahan A (bancuh sekali) :
2 sudu sos cili
1/2 sudu sos tomato
2 sudu sos tiram
2 sudu kicap manis 
Sedikit lada hitam (sapa suka pedas letak la lebih)


Cara2 :
Panaskan butter, masukkan bawang yang dipotong dadu. Dah garing masukkan tepung. Kacau sampai keperangan dan masukkan tomato, masak sehingga tomato layu dan masukkan air dan susu. Kemudian masukkan semua bahan A. Masukkan kiub lembu dan ayam tu. Kacau sehingga menggelegak. Tutup api dan blande bahan yg dimasak tadi. Blande ni bagi semua bahan yang korang masak tadi hancur dan sebati.  Lepas blande korang masukkan kan balik dalam periuk dan panaskan semula sehingga menggelegak. Tutup api bila kuah nampak dah pekat sikit.


Selamat mencuba! :)


Minah vespa balik kampung



 
# Lets put some colour and effect. Gue memang lemah bab mengaler ni. Hohoii. Lastly done jugak! Minah vespa comel lagi ayu (angkat guni sendiri.Muahaha) Nak tumpang? Doposenlimaduit. Kuikuikui ;D


Hehehepiii holidayyyy! Mana yang pegi bercuti jauh-jauh tu, drive safely ye. Cuti 9 hari. Gue plan nak duduk kat rumah je. Nak rehat pueh-pueh. Korang pulak? :)



Empat mata bersama pemilik Jaakechik Corner



Haritu, 30-1-2013. Gue eksaited sebab dapat call dari Kak Jaa, pemilik blog Jaakechik Corner ajak jumpa. Mana tak eksaited, dah lama tunggu gewe Kelate ni mai Penang. Lepas tu siap nak bawak Fikri lagi. Haha. Lagi la gue eksaited.  

Time tu kitorang set jumpa dekat KFC. Gue bajet dekat komtar je la. Last-last tempat lain. Haha, masak! Gue mana tahu jalan. Kat Penang ni yang gue tahu jalan pegi kerja & pergi Bayan Lepas je. Area Georgetown memang gue failed! Muahaha. Then, terpaksa la Kak Jaa anak beranak datang ambik gue kat komtar. Kesian dorang. Dah la dengan jem lagi. Malu. Orang yang datang dari jauh lagi tahu jalan sini. Huhu

Sampai KFC, terus salam-salam. Malu pon ado mula-mula tu. First time jumpa live gini. Selalu tengok kat blog je kan. Haha. Selamat la kak Jaa ni peramah. Ada je benda nak buat sembang. Kalau tak, mau tunduk muka gue time tu. Hahahaha. Bajet pemalu sangaaat :p Bro in-law n husband dia pon ramah. Fikri pulak mau je dengan orang. Tak puas rasa dok main dengan dia. Kak Jaa, next year mai Penang, boleh la jumpa lagi. Time tu maybe gue dah tau jalan area sini kot. Haha *Kot*

Gambar curik dari blog Kak Jaa. Gue je yang nampak sememeh. Konon penat kerja. Haha :3

#Jeles tengok Kak Jaa. Kurus. Beza beno dengan gue. Gemok :/
# Baju coklat tu housemate, merangkap teman sekerja gue, Kak Mus. Teman ke sana ke sini :)



Ni time Fikri bagi kiss before balik. Haha. Dah pandai yee die. Alahai, rindu budak kecik ni. Kak Jaa, next time datang bawak Fikri lagi. Meh shu jaga. Hihihi ;D 

Alhamdulillah, niat nak jumpa akhirnya tertunai even sekejap. Sekejap-sekejap pon, gue happy. Hasrat jumpo blogger tu dah tercapai :)

Ehemm.. Sape lagi yang dok Penang ni?? ^^

Baca entri kak Jaa di SINI!



Allah Pencipta langit dan bumi, dan bila Dia berkehendak sesuatu, maka Dia hanya mengatakan kepadanya: "Jadilah!" Lalu jadilah ia." ( Al-Baqarah: 117)

- Sesungguhnya tiada yang mustahil dengan izin Allah -


As a reminder ;)





Sebagai peringatan untuk diri. Kalau boleh nak elak jadi macam ni. Bukan apa, mati tu bila-bila boleh jadi. In shaa Allah. Apa-apa pun, usaha elak. Salam Jumaat :)




p/s : Excited semalam first time dapat jumpa kak Jaa (Jaakechik Corner) anak beranak. Blogger pertama gue jumpa. Ehemm. Tengkiu again kak Jaa for the Golden Wrap. Murah rezeki akak. Aminn. Phone bateri low semalam. Tak dapat nak tangkap gambo. Kena tunggu orang sana update dulu la gamaknye ;D


p/s : Nur, CNY ni free tak? Jumpa jom nak? Shu cuti seminggu. ^_^v