.

Get This Wan Hazel Home Wan Hazel Facebook Wan Hazel Twitter Get This.

Resepi Cheesekut ♡ Cepat lagi lazat!

Assalamualaikum kalian.

Dah lama menyepi. Rasa rindu nak berblog macam dulu. Tskkk! Hope semua sentiasa dalam lindungan-Nya. Aaminn.

Kosong. Wa tak tahu nak post something yang menarik. Cumaaaaa...harini nak post resepi cheesekut yang senang ringkas tapi lazat. Bagi peminat tegar cheese boleh le try ye ;)

Bahan-bahan :

250g cream cheese
Fresh milk
1/2 tin susu pekat (kurangkan sikit kalau tak nak terlalu manis)
1 peket biskut Hupseng (4segi)

Cara-cara :

1. Blend cream cheese + susu pekat + fresh milk (ikut kepekatan).
2. Susun biskut satu per satu dalam 1 bekas sampai jadi 1 layer (before susun celup biskut dengan fresh milk)
3. Tuang sikit cream cheese atas biskut yang dah disusun.
4. Ulang langkah 2  & 3 sampai cream cheese habis.
5. Untuk topping boleh blend oreo then penyek je dekat atas cheesekut tu.
6. Siap. Letak je dalam fridge. Esok boleh makan :)

Selamat mencuba ツ