Get This Wan Hazel Home Wan Hazel Facebook Wan Hazel Twitter Get This.

Mudahnya memperlekehkan hukum Allah. Dunia sekarang (╯︵╰,)

Salam korang. Nothing to say sangat la malam-malam cenggini. Just aku teringin nak share something la ngan korang. Firstly , entry aku kali ni bukan nak mengaibkan / mencaci / mengata / menyalahkan orang lain. It's just sebagai peringatan untuk diri aku sendiri and orang seagama macam aku untuk menilai yang mana patut di-ikut dan di-tinggalkan. Dan dan , aku bukan nak cakap pasal politik kat sini. Hee. Ekceli aku pon baru belaja nak mengundi je tahun depan. So tak tahu pape yekk. Hikhok 

Berapa hari ni aku perasan ramai yang update kat FB pasal SEMBANG RAKYAT pasal hudud tu kan. Aku rasa korang pon mesti penah tengok sendiri kan video tu. Errr , serius aku tergamam jugak la lepas tengok full video tu. Geram pon ada. Tapi , nak marah , bengang dekat orang yang buat video tu , aku rasa aku ni tak seberapa layak kot. Mungkin korang yang tengok pon mesti rasa cam aku rasa kan. Bengang and rasa tak puas hati bla bla bla... kan. Pheeeww ! Dalam hati dok cakap , "Ishh , ade jugak yang sanggup tayang kebodohan sendiri kat depan umum macam ni (sigh)." Sedih pon ada. Hmm, bukan ke Hudud tu dah ditetapkan Allah lagi. So , bagi aku kenapa nak tegakkan benang yang basah. Benda tu memang dah termaktub lagi , kan. (╯︵╰,)



Tadi lepas on FB , aku tertarik dengan apa yang ditulis oleh Dr.Zakaria @ Mahmod bin Daud , Kias. Dia bincang tentang isu murtad sekarang yang makin hari makin rancak dikatakan oleh orang ramai. Dalam link yang aku baca tu ada cakap pasal perkara-perkara yang boleh menjadikan seseorang Muslim tu murtad. Dari apa yang aku baca , seseorang tu boleh jatuh menjadi murtad bila :

a) Melalui Perkataan / Ucapan dan Kata- kata. 

Murtad boleh berlaku dengan perkataan atau ucapan dan kata- kata. Apabila ucapan dan kata-kata tersebut menolak hukum-hukum Islam dan prinsip- prinsip ajaran Islam yang diketahui oleh semua orang atau kata-kata yang menghina apa-apa ajaran Islam, hukum hakam Islam, menghina Nabi Muhammad S.A.W. dan nabi-nabi lain, menghina Allah S.W.T. dan sebagainya, atau seseorang itu mengingkari wajib mengeluarkan zakat, wajib puasa, wajib sembahyang lima waktu, wajib haji dan lain-lain, atau dia berkata minum arak tidak haram, berzina harus, apatah lagi kalau suka sama suka, riba' diharuskan (tidak haram), dikatakan al-Quran bukan kalam Allah atau kata-kata yang merendahkan dan menghina Sunnah Rasulullah, umpamanya apabila diterang kepadanya bahawa mengerat kuku adalah Sunnah Rasulullah S.A.W. 

Apabila dia mendengar kata-kata itu, dia menjawab, "aku tidak akan kerat kuku, walaupun ia Sunnah Rasulullah (dengan niat mahu menghina sunnah tersebut)". Atau dia berkata, "sekiranya Allah S.W.T. dan Rasulullah S.A.W. menyuruh aku kerjakan anu-anu, aku tidak akan melakukannya" . Atau dia berkata, "Aku tidak tahu adakah nabi itu manusia atau jin". Atau pun dia berkata, "Aku tidak tahu apa itu iman". Semua kata-kata di atas adalah ucapan yang menghina / mengejek ajaran Islam, maka dengan kata-kata sedemikian seseorang itu boleh menjadi murtad. 


Begitu juga seseorang yang zalim, apabila dia mendengar orang yang dizaliminya berkata, "Ini, (kezaliman yang dilakukan ke atasnya) adalah ketetapan Allah dan takdir Tuhan", maka orang zalim tadi sebaik sahaja mendengar kata-kata di atas dia terus berkata dengan sombong,"Aku lakukan itu bukan dengan takdir Allah S.W.T. tetapi dengan kuasa yang ada padaku" , maka kata-kata orang zalim sedemikian itu boleh menjadi murtad. 


Begitu juga kalau seseorang Islam menghalalkan hukum yang haram oleh Allah dan RasulNya atau sebaliknya mengharamkan sesuatu yang halal yang telah disepakati oleh para ulama' tetang halal atau haramnya perkara itu seperti dia menghalalkan zina, menghalalkan liwat, menghalalkan minum arak, atau mengharamkan perkahwinan, mengharamkan jual beli dan seterusnya. Maka sikap sedemikian boleh menjadi murtad.


Selain tu , kata-kata (menghina atau merendahkan) mana-mana hukum Islam seperti juga boleh membatalkan iman seseorang : 

• Hukum apa ini ? 
• Hukum ini sudah lapuk. 
• Zaman sekarang tidak sepatutnya diharamkan riba' kerana menghalang kemajuan. 
• Dalam zaman serba maju ini kaum wanita tak perlu dibungkus-bungkus (tutup aurat dengan memakai telekong). 
• Berzina kalau suka sama suka apalah haramnya? 
• Minum arak kalau dengan tujuan hendak menyihatkan badan untuk beribadat apa salahnya. 
• Berjudi kalau masing-masing sudah rela menerima untung ruginya apa salahnya. 
• Kalau hendak sangat menurut hukum- hukum Islam, sampai kiamat kita tidak maju. 
• Seseorang berkata," Perbuatan yang demikian tidak beradab", apabila diceritakan bahawa Nabi Muhammad SAW selepas makan baginda menjilat sisa makanan dijarinya (sebelum dibasuh tangan). 
• Seseorang berkata,"Aku tidak mahu memotong kuku sekalipun sunnah", apabila diberitahu bahawa memotong kuku adalah sunnah. 
• Membaca ayat-ayat suci al-Quran, hadith nabi dan nama- nama Allah dengan cara mempersenda dan mempermain-mainkann ya.

( Dari - Buku Mustika Hadis )

So , lepas je baca apa yang ditulis oleh Dr.Zakaria tadi , sikit sebanyak aku cuba nilai diri sendiri and cuba perbetulkan yang mana salah dan kurang. Harap korang pon dapat menilai sendiri. Semua ni hanyalah sekadar perkongsian bersama. Yang mana betul boleh diambil, yang mana salah harap teguran . (◕‿-)/  Peace




Disebalik bait kata tersimpan seribu makna :)



Kadang-kadang Allah hilangkan cahaya matahari. Lalu Dia turunkan hujan dan guruh. Kita menangis dan mencari ke mana hilangnya matahari. Rupa-rupanya Allah turunkan pelangi yang indah buat kita.

Seberat mana pun dugaan yang kita dapat , yang kita perlu berdepan , Insya'allah dengan usaha , doa dan tawakal kunci bagi setiap permasalahan. Allah sayangkan hambanya , maka Allah menguji mereka dengan berbagai macam dugaan. Tanpa kita sangka , dengan segala macam dugaan itulah akhirnya kita akan mendapat kebahagiaan daripada-Nya. Insya-allah (^_^)