Get This Wan Hazel Home Wan Hazel Facebook Wan Hazel Twitter Get This.
Showing posts with label Aiskrim Goreng. Show all posts
Showing posts with label Aiskrim Goreng. Show all posts

Aiskrim Goreng Ekspres Untuk Tempahan

Salam Jumaat awak dan awak !! 



Gue ada bukak kedai jual aiskrim goreng depan umah gue. Korang yang nak beli online pon boleh. Klik je banner comel gue tu. Isi je form semua k. Tempahan dibuka dari Isnin sampai Jumaat (office hour). Sabtu dan Ahad kedai gue tutup. Harap maklum. Ianya TIPU belaka. Gue saja berangan nak buka kedai aiskrim goreng dalam mimpi. Hewhew :D



Akhirnya, berkat kerajinan dan usaha gue selama beberapa minit...Taraaaa !! Aiskrim goreng gue da menjadi..Ni first time gue try buat aiskrim goreng. Berkat dari resepi yang Pet bagi. Muchas gracias pet :)



Gue guna aiskrim coklat je. Hewhew. Sedikit kecairan di situ. Mungkin panas barangkali. Biasa la, cuaca tak menentu kan sekarang. Erkk! Okbai. Selamat menjamu mata dan selamat mencuba :D


Resepi ringkas :


Roti Gardenia or pape jenama - Ikut suka nak buat banyak mana.
Aiskrim - Ikut suka hati nak perisa apa.
Acuan - Gue guna cawan je. Hewhew :3




Cara-cara :


1. Ambil 1 keping roti.
2. Cedok aiskrim dan letak atas roti tadi.
3. Ambil 1 lagi roti dan letak atas aiskrim tadi. Kira buat macam sandwich tu.
4. Ambil cawan dan tekupkan atas roti tadi. Buat hingga roti putus dan jadi bulat.
5. Penyek guna garpu dekat hujung2 roti tu. So, aiskrim takde la leleh keluar.
6. Simpan 1 malam, or 3jam macam tu dalam peti ais.
7. Agak-agak dah beku baru goreng. Jangan goreng lama sangat hokay.
8. Siap untuk di makan :)