Get This Wan Hazel Home Wan Hazel Facebook Wan Hazel Twitter Get This.
Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Resepi Cheesekut ♡ Cepat lagi lazat!

Assalamualaikum kalian.

Dah lama menyepi. Rasa rindu nak berblog macam dulu. Tskkk! Hope semua sentiasa dalam lindungan-Nya. Aaminn.

Kosong. Wa tak tahu nak post something yang menarik. Cumaaaaa...harini nak post resepi cheesekut yang senang ringkas tapi lazat. Bagi peminat tegar cheese boleh le try ye ;)

Bahan-bahan :

250g cream cheese
Fresh milk
1/2 tin susu pekat (kurangkan sikit kalau tak nak terlalu manis)
1 peket biskut Hupseng (4segi)

Cara-cara :

1. Blend cream cheese + susu pekat + fresh milk (ikut kepekatan).
2. Susun biskut satu per satu dalam 1 bekas sampai jadi 1 layer (before susun celup biskut dengan fresh milk)
3. Tuang sikit cream cheese atas biskut yang dah disusun.
4. Ulang langkah 2  & 3 sampai cream cheese habis.
5. Untuk topping boleh blend oreo then penyek je dekat atas cheesekut tu.
6. Siap. Letak je dalam fridge. Esok boleh makan :)

Selamat mencuba ツ

Moist Choc Cake gue menjadi kali ni !




Ni salah satu juadah time raya korban haritu. Moist Choc Cake yang lembap-lembap gitu. Resepi gue amik dari blog Kak Ieka. Then sesuka hati gue je tukar-tukar bahan. Hahaha. Don't worry! Tetap laris di pagi raya. Kak Ieka, thanks share resepi kat blog. Mihmih. Tak rugi gue cuba taw! :)


Resepi asal sila lihat DI SINI ! Gue just tukar nescafe jadi coffemate and cara buat choc ganache je :)

Choc ganache cara gue :

300gm dark choc
40gm butter
1 sudu madu
1 cawan susu segar. Gue bancuh susu Anlene je. Hihi
2 sudu serbuk koko
1 sudu minyak

Cairkan dark choc & butter. Then taruk semua bahan. Biar ala-ala pekat sikit. Tutup api & tuang atas kek. Siap ! Hihi. Cuba la :D


p/s : Gue suka sebab topping menjadi. Kalau tidak hancur. Haha
p/s : Esok kejaaaaaa! Good night! :)




Padpet Ayam & Macarons



Assalamualaikum kalian. Hope semua sihat-sihat sentiasa. Yang mana tengah sakit tu banyakkan sabar dan cepat-cepat sembuh seperti sediakala ye :)



4 hari lepas gue decided nak masak padpet ayam & macarons. Terajin sikit haritu. Sebenarnyaaaa, tiap hari gue rajin. Hahaha. Mak dah siap warning awal-awal.
 " Mak tak nak tolong. Hang buat la sendiri! Lepas tu kemas! " :3



Cari bahan-bahan, korek ape yang patut, potong-2 sikit, tumis then SIAP. Haha. Ni la hasilnyaaa :D


Ni la Padpet ayam pertama gue. Sedap tak sedap yang penting licin I makan. hahaha

Senang and ringkas sangat. Rugi kalau tak cube. Laki-laki pon boleh try masak. Gue ikut resepi Sis Jaa & Chic Na. Toce toce! Menjadi jugak akhirnya.
Cuma yang beza sikit edisi gue letak carrot.
Sape-sape nak try boleh terjah SINI dan SINI :)



Then, petang tu gue kerajinan pulak try buat buah karom atau lebih manja dipanggil macarons. Disebabkan bahan-bahan tak terlalu rumit, semuanya dah sedia ada kat rumah. So, buat je lah kan. Haha. Ni pon 1st try jugak. Taram je la buat. Haha. Hasil die boleh laaa (goyang tgn ala-2 Maria). Ade la jugak rope. Even sejujurnya tak semuanya lawa. Hihi




Before dimasak ni la ropenye :D

Ni rope bila dah siap. Haha. Ade beso ade kecik. Tangkap yang gue rasa lawa je. Boleh letak filling ikut suka hati :D


Gue ikut resepi 100% dari blog Najwa.
 Sape-sape nak resepi boleh tengok kat SINI :)


Selamat mencuba ^^






Aiskrim Goreng Ekspres Untuk Tempahan

Salam Jumaat awak dan awak !! 



Gue ada bukak kedai jual aiskrim goreng depan umah gue. Korang yang nak beli online pon boleh. Klik je banner comel gue tu. Isi je form semua k. Tempahan dibuka dari Isnin sampai Jumaat (office hour). Sabtu dan Ahad kedai gue tutup. Harap maklum. Ianya TIPU belaka. Gue saja berangan nak buka kedai aiskrim goreng dalam mimpi. Hewhew :D



Akhirnya, berkat kerajinan dan usaha gue selama beberapa minit...Taraaaa !! Aiskrim goreng gue da menjadi..Ni first time gue try buat aiskrim goreng. Berkat dari resepi yang Pet bagi. Muchas gracias pet :)



Gue guna aiskrim coklat je. Hewhew. Sedikit kecairan di situ. Mungkin panas barangkali. Biasa la, cuaca tak menentu kan sekarang. Erkk! Okbai. Selamat menjamu mata dan selamat mencuba :D


Resepi ringkas :


Roti Gardenia or pape jenama - Ikut suka nak buat banyak mana.
Aiskrim - Ikut suka hati nak perisa apa.
Acuan - Gue guna cawan je. Hewhew :3




Cara-cara :


1. Ambil 1 keping roti.
2. Cedok aiskrim dan letak atas roti tadi.
3. Ambil 1 lagi roti dan letak atas aiskrim tadi. Kira buat macam sandwich tu.
4. Ambil cawan dan tekupkan atas roti tadi. Buat hingga roti putus dan jadi bulat.
5. Penyek guna garpu dekat hujung2 roti tu. So, aiskrim takde la leleh keluar.
6. Simpan 1 malam, or 3jam macam tu dalam peti ais.
7. Agak-agak dah beku baru goreng. Jangan goreng lama sangat hokay.
8. Siap untuk di makan :)