Dari Anas r.a. berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang
dapat diterima seseorang itu selepas matinya :
1.
Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu
digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.
2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.
3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.
4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.
5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.
6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.
7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur'an maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. telah bersabda : "Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam :
1. Sedekah yang berjalan terus
(Sedekah Amal Jariah)
2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.
3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.
2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.
3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.
Salam Jumaat dari maksu dan Daniel. Moga hari ini penuh keberkatan buat kita semua ;)
9 comments:
nice sharing.. salam jumaat maksu & daniel...hihi
sgt bermanfaat. Salam Jumaat shu. ;)
AMBOI DANIEL X NAK SENYUM..TERIMA KASIH BERKONGSI
betul..mcm kak nurul, ada seseorang kata kalau nak buleh pahala pada arwah abah,selain solehah kata tuh ada lagi kita sebagai anak boleh wakafkan al-quran atas nama arwah dan beri pada masjid.selagi org membacanya selagi itu buleh pahala..wallahualam..harap boleh kirim pahalakan pada arwah abah..
nice sharing shu :)
Nice info shu....
Salam jumaat jugak.. :)
info yg gt bermanfaat.. ;)
salam..singgah sini :)
peringatan yg baik
info berguna!!
Post a Comment