Get This Wan Hazel Home Wan Hazel Facebook Wan Hazel Twitter Get This.

Sifat Anak Soleh






Sifat anak yang soleh mentaati ibu ayah
Tidak membantah malah mentaatinya
Halus peribadinya mencontohi Rasulullah
Tingkah lakunya dijaga akhlak dipelihara
Segala amalan dijaga hanya kerana Yang Esa

Hormat pada yang tua Kasih pada yang muda
Sayang pada ibu ayah dan juga keluarga
Hidupnya rajin berusaha
Tidak pernah berputus asa
Didalam kehidupan penuh pancaroba

Tiada cinta di hatinya Hanyalah cinta Allah
Ada rasa rindu Hanyalah untuk Rasulullah
Kasih dan sayang hanyalah pada ibu ayah
Hormat menghormati sesama insan berbudi
Guru dan teman-teman sentiasa dikasihi
Itulah diantara sifat anak-anak yang soleh

-Anak Soleh by UNIC -



"Apabila mati seorang anak Adam, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu dimanfaatkan oleh orang lain dan anak soleh yang mendoakan untuknya."
- Hadis riwayat Muslim -




Rasa ini




Rasa berat hati. Rasa bersalah. I'm so sorry. Gue memang jarang update / bw / tegur orang sekarang ni. Gue rasa mesti ada yang terasa hati. Sungguh. Really really soooorryyy. Bukan niat dihati apa yang terjadi. Gue rasa gue patut undur diri. 


Spontaneous Thursday # Kamal oh Kamal



Senah bosan dengan perangai tunangnya. Lalu dia menelefon tunangnya untuk memutuskan hubungan mereka.



Senah :  Sayang, maafkan aku ingin putus..
             Sayang, maafkan kita harus putus..

Kamal : Tapi, mengapa ??

Senah : Saya dah bosan dengan awak. Saya sudah ada pengganti baru. Sebelum tu, saya mahu awak kembalikan semua gambar-gambar saya !

Kamal : Baiklah. Tapi saya tak ingat gambar awak yang mana satu. Nanti awak pilihlah sendiri dan yang selebihnya kembalikan pada saya.

Senah : Grrrr... p^#&^&%@!!  BENCINYAAAA...!!

Petikan Remaja 1 Dis :)







Moral :

Muahahaha. Jangan jadi macam Kamal eh, wahai sang jejaka ;D




Sebulan menyepi. Kini kembali.





Hmm. Baru sebulan tak update blog. Tapi gue da rasa kekok nak start macam mana. Nak cerita banyak benda. Tapi time nak taip ada je yang tak kena. Penat. Macam ni rupanya bila dah kerja. Baru gue rasa. Malam ni gue gagahkan jugak diri update even sebarang dua. Jadilah kan. Dari takda. Korang apa khabar? Hope sentiasa dalam lindungan-Nya. In shaa Allah.


Tak banyak benda gue nak cerita.  Kalau cerita pon semua benda biasa-biasa ja. Takda yang istimewa. Rutin kerja semua macam biasa. Alhamdulillah, dapat merasa gaji pertama. Hasil titik peluh jiwa raga. Niat bagi mak ayah merasa duit sendiri tertunai juga akhirnya. Syukur sangat walaupun tak seberapa. Mak ayah gembira itu pun dah senang jiwa.


Hidup kat tempat orang ni semua kena jaga. Gue rasa syukur sangat dapat housemate yang tak pernah nak berkira. Walaupun baru kenal sebulan, gue hormat dia. Dah macam kakak gue sendiri. Dia jaga gue, gue jaga dia.


Sebulan gue tak layan blog, sebulan gue rindu kome. Kome? Rindu gue tak? Ke gue je yang beriya. Haha. Gue tak taw gue merepek apa memalam buta ni. In shaa Allah, gue akan usaha datang blog kalian semua. Terima kasih sudi datang and follow gue. I'll chase u back :)





P/s : Hmm. Malu pulak rasa. Lama tak terjah blog korang. Esp GSF.. I'm sorry.... Hmm. Any tips nak jadi segar balik tak? U_U



Awak suka tak ??



Haiiiii......! Dah lama tak huhahuha kat blog. Ape kabo ?? Kome semua sihat? GSF ?? Sebenarnya gue pon tak tahu nak post entry mende. Otak tengah kosong. Kosonggg. Belek-belek folder, last-last nampak gambo-gambo ni. So, better gue post je la eh. Dah lama buat, tapi baru sekarang sempat nak post. 







Ni antara muka-muka orang kuat GSF. HAHA. Bigboss selaku pangasas group, Mama Arina. Muehehehe. I'm sorry kak. Gue culik gambar senyap-senyap. Diikuti Sis Deqla. Ni pon gue culik jugak. Mintak halal ye. Hihi. Seterusnya Cik Nur, dok sama negeri dengan gue dan daerah sebelah-sebelah je. Wakaka. Tapi tak penah dok jumpa lagi. Bila ni Nur? Eh Nur, sorry sorry. Gue baru perasan link blog Nur kt gambo salah.  Sorry yep. (^..-) Dan yang last sekali yang ayu ayu tu Ayu lah. Hehe. Jika ada sebarang kekurangan gue mintak maaf ye. Semoga hubungan silaturrahim ni kekal sampai bila-bila. In shaa Allah :)






p/s : Kita masing-masing ada bahagian kita sendiri. Tak dapat di dunia mungkin dapat kat akhirat nanti #Remind ourself




Starving this ! Buatkan boleh?


Sumber : Tumblr



Ommoooo! Perut berbunyi riang tengok crepe crepe ni. Jenuh gue google cari sapa yang jual kat area Penang ni. Alhamdulillah, dah jumpa. Next week baru try order. Mihmihmih. Mengidam mengalahkan ibu mengandung. Muahaha. Biasalaaa wanita macam gue. Well, mak known me well. Kihkihkih :D

Gue komfem ramai yang dah rasa durian crepe ni. Dan gue komfem dan sedar bahawasanya gue je yang still ketinggalan pasal crepe ni. I know that U_U (Boooo) eh! Betul ke sedap ni ?? Jangan indah khabar dari rupa sudah la. Gue tak nak menyesal bila beli nanti pluss bazir duit. Hahaha. Harap-harap tak macam tu la kan :)

Ada tak yang baik hati nak tolong buatkan or pos kat gue? Bahaha. Pelisssss. :3






p/s : Pernah tak jumpa lelaki yang tak gentleman? Buat kerja angkat berat-berat semua nak harap perempuan ? Hewhew. Rasa nak tampo je taw -..-


p/s : I miss you ! Againnnnn ...... U_U



Sanah Helwah Sis MV





Selamat Hari Lahir Sis MV @ Suzyanna Yap !
Allah selamatkan kamu !
Allah selamatkan kamu !
Allah selamatkan kamu !

Semoga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, ditetapkan iman, bahagia selalu dan sentiasa dalam rahmat-Nya. Aminn.

Semoga hubungan persahabatan ni kekal sampai bila-bila. InsyaAllah :)





p/s : Gue hutang bw dulu buat masa ni ye. Masa tak mengizinkan plussss line sooo lembap. I'll bayar balik nanti. Miss you ! Take care !




Strive to be better




Dear self, 
i'm always DOA'S for you. Please don't be friend with INDOLENT. Can't you be a good friend with DILIGENT every time ? I hope both of you will be a closest friends. InsyaAllah. Always pray :)



Moral : Every human is not created to be the perfect ones. But, every human can turn out to be better than ever :) 


Pray for them :')



Tak mampu pegang senjata. Hanya mampu berdoa. Menangkanlah mereka Ya Allah..



Salam Awal Muharram



Salam Awal Muharam semua. Semoga Allah memberi kita kesihatan, dimurahkan rezeki dan ditingkatkan iman kita. InsyaAllah.




p/s : Kak Wanieys Qalief, thanks sangat-sangat ! Shu suka tudung tu :)

p/s : Sentiasa perbetulkan niat :)




Moist Choc Cake gue menjadi kali ni !




Ni salah satu juadah time raya korban haritu. Moist Choc Cake yang lembap-lembap gitu. Resepi gue amik dari blog Kak Ieka. Then sesuka hati gue je tukar-tukar bahan. Hahaha. Don't worry! Tetap laris di pagi raya. Kak Ieka, thanks share resepi kat blog. Mihmih. Tak rugi gue cuba taw! :)


Resepi asal sila lihat DI SINI ! Gue just tukar nescafe jadi coffemate and cara buat choc ganache je :)

Choc ganache cara gue :

300gm dark choc
40gm butter
1 sudu madu
1 cawan susu segar. Gue bancuh susu Anlene je. Hihi
2 sudu serbuk koko
1 sudu minyak

Cairkan dark choc & butter. Then taruk semua bahan. Biar ala-ala pekat sikit. Tutup api & tuang atas kek. Siap ! Hihi. Cuba la :D


p/s : Gue suka sebab topping menjadi. Kalau tidak hancur. Haha
p/s : Esok kejaaaaaa! Good night! :)




Minggu Pertama Tamat !




Alhamdulillah. Akhirnya selamat jugak sampai kat rumah tengahari tadi. Penat taw naik 2 flight sekaligus. Huwaaaa tipu -,- Bus je pon. 

Korang sihat tak ?? Terima kasih eh eh sebab sudi jugak kan datang jenguk2 blog gue ni. Tanya khabar gue. Alhamdulillah. Gue sihat. Kerja pon so far okay. Minggu first ni just buat kerja-kerja biasa je. Kalut kemas file nak angkut pegi bangunan baru. Makanya mood nak update minggu ni semua ke laut. Penaaaaat !  Harap minggu seterusnya pon ok. Doakan eh :)

Tempat kerja ok jugak kot. Just yang kurang tu sebab gue sorang je Melayu dalam dept. tu.. 2 orang lagi Cina. Haha. Tak ok sebab gue sepatah haram tak paham ape yg dorang pung pang pung pang sembang berdua. Entah la ape yang disembangkan tu. Haha. Then cafe dalam kampus tu pulak Cina incharge.  Makanya tiap hari gue makan roti singgit tu je. Nak makan kat luar memang tak la. Kang sesat tak naya. Huhu. Takpe. Part ni ni gue suka sebab boleh jimat & kurus cepat. Bahaha. 

Minggu first ni gue tumpang stay rumah kakak kat Bertam. So, tiap hari kena gerak p keja awal. Gerak pukul 7 then kena lalu jambatan penang yang panjang tu. Sumpah seriau bawak moto dengan jalan jem. Balik pulak pukul 6. Time balik gue naik feri. Rasa safe sikit la. Nak hadap jambatan time balik memang gue tak sanggup. Huhu. Sampai rumah, mandi ape semua terus tido. Macam tu la rutin harian gue minggu ni. InsyaAllah dalam minggu depan dah dapat pindah rumah sewa. Area pulau jugak. Jadi tak la risau sangat sebab kena lalu jambatan bagai. Harap semuanya berjalan lancar. Niat baik InsyaAllah Allah tolong. Kan? :)  




p/s : Esok dah kena balik Bertam. Hmm. InsyaAllah malam ni gue bayar bw yang tertunggak ni eh. Happy blogging semua :)

  

Good Bye :')





Doakan gue selamat sampai ke destinasi. Panjang umur kita jumpa lagi. Bye Perak :')


" Allahhumma yassir wa la tuassir "
Ya Allah, mudahkanlah segala urusanku dan jangan disukarkan. Tidak ada yang mudah melainkan sesuatu yang Engkau jadikan mudah. Dan Engkau jualah yang menjadikan yang susah itu mudah bila Engkau menghendakinya.


Harapan...harapan menjadi layuuuu !






Semua benda dah buat. Medical check-up done! EPF done! Account bank done! Tapi bila semua dah settle lain pulak jadinya. Hmmm! Susahnya kalau nak mintak tolong orang ni kan. Alahaiiii. Sabar la Shuhada oii. Mungkin ada hikmah setiap yang berlaku  :/



Till then, senyumlah untuk menutupi rasa sakit. Salam :)





Alhamdulillah. New life will begin soon :)






" Hello, can I speak to Ms. Nor Shuhada please?"

 " *Dupdapdupdap* Yes, I'm speaking"

" I Eileen from PTPL Penang want to offer you as Admin Assistant job. Did you already get another job? "

" Oh..No, I didn't get any other job rite now "

" So, do yo want to join us? "

" Of course! I'll =) "

" Will you start on next Monday? "

" Yes, I do! "

" We will give you basic salary blablabla...."



Syukur alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah! Mungkin job tu tak setanding mereka-mereka yang hebat, tapi gue tetap bersyukur. Sekurang-kurangnya hajat nak bagi mak abah merasa duit dari titik peluh sendiri InsyaAllah tercapai nanti. Terima kasih abah, mak sebab dah besarkan gue. Doakan yang terbaik untuk anakandamu ini :)

Lepas ni kena stay Penang la gamaknye. Nak ulang-alik dari rumah memang tak lalu la. Hello Penang! Kita jumpa nanti naa :)

To Encik Yang Asyraf, jenguk-jenguk la gue nanti. Hewhew. Bawak bunga sekali. Miahaha :3


Tak lupa untuk korang yang dah doakan gue. Terima kasih sangat-sangat! 


Miahaha. Bajet macam dapat award pulak nak ucapan bagai. Till then. Salam :)



Mungkin kah ku begini nanti?? 





Thank you Mama Mia & Mama Qhayra



Coming back after raya Haji. Haiiiii. Amacam raya kome? Meriah tak? Rumah gue biasa-biasa sajoo. Meriah dengan hiruk-pikuk anak-anak buah ado la. Plus meriah dengan daging2 korban sekali. Sampai da naik jemu nak hadap daging je. Cemuih dah. Haha. Kome pon ade rasa macam gue rasa ke?? -__-"


Ok. Stop bebeling. Entry kali ni gue tuju khas untuk dua orang mommy GSF ni. Hihi. Orang lain dah lama post. Gue je yang lambat. Sobbss!




Firstly to Mama Mia. Terima kasih kak untuk ole-ole tu eh. Hehe. Tak sempat lagi nak masak guna rempah masak hitam akak bagi tu. Tunggu bila rindu nak makan daging nanti baru i masak taw. Hihi. Brooch tu comel! Da pakai time raya haritu. Ehem..sape nak beli rempah masak hitam tu boleh drive thru ke blog Mama Mia ye. Murah je! Tak tipu :) 




Dan terima kasih jugak untuk Mama Qhayra sebab bagi cenderahati keychain ikan yang comel tu.  Thanks kak! Hihi. Mula-mula bajet dapat panggilan U. Rupa-rupanya tidak. Hehe. Nah! Ikhlas untuk akak. I kidnap senyap-senyap. Sorry if tak sama. :)




p/s : Semoga murah rezeki akak berdua. Terima kasih daun keladi :)

p/s : Dah banyak terlepas entry blog kalian. Especially GSF. Mohon maaf. Gue akan usaha marathon cepat-cepat. 




Salam AidilAdha







p/s : Banyak tak dapat daging korban?? Hihi :P




Baju baru & For You!



Hai hai hai! Baju baru before raya dah siap dijahit. Penat jahit satu petang taw. Hahaha. Kemain :B Gue pilih tema putih hitam. Nampak lebih simple. Bagi gue la. Padahal tak tahu nak pilih kale ape. Hewhew. Header pulak siap ade kapal angkasa sotong lagi. Lepas ni boleh start enjin je pegi umah korang. Nak tumpang? Doposen :P Angan-angan nak try buat kawaii-kawaii macam mama Arina tuuu, tapi ini je yang jadi. Langsung tak kawaii. Haha. Lantak! :3




Dan ini untuk awak awak dan awak.. 





 To Anis aka "Pakwe". Hihi. Muke u nampak garang kan? Ape-ape pon, happy belated birthday. Semoga panjang umur, murah rezeki, dapat keje part-time cepat-cepat jugak, dan bahagia selalu. Ehhh! Teh tarik Asiba jangan lupa ye! Haha :D

Kak Jaa.. Soory lee gue dapat kidnap gambar ni je. Hihihi. Khas sempena Kelantan menang bola malam semalam. Heheehe. Awet muda ni tak nampak macam mommy pon taw. :)



Dan yang ini untuk Mama Mia. Hehehe. Gue tak pasti same ke idok kak. Mia with mama and papa :)


Harap kalian suka la eh eh eh :)





p/s : Next ..... ????




Saya Suka Dress! 1st Giveaway




Aktif pulak gue join join GA la ni. Haha. Gue pon tak paham dengan diri wa ni. Wakaka. Mohon tekan BANNER untuk JOIN. Syarat-syarat semua ade kat sana. 



Hadiah untuk pemenang ialah :

1. A long Dress + Shawl + Accesories + voucher discount untuk shopping di Saya Suka Dress!
2. A Dress + Shawl + voucher discount untuk shopping di Saya Suka Dress!
3. A Dress + Accesoriesvoucher discount untuk shopping di Saya Suka Dress! 

* Hadiah bakal ditambah jika penyertaan menggalakkan *



Last due: 21-10-2012





Mengidam



Alangkah indahnya dapat makan mende ni time-time hujan gini. Biskut mayat celup teh panas?? Hat tu dah selalu sangat. Perut ni nak jugak tuka menu. Muahaha. Sape baik hati tolong carikan durian boleh? -..-






Mega GiveAway Dari www.yanayassin.com




Assalamualaikum. 
Harini gue join Mega Giveaway dari blog Yana Yassin.



Sikit pengalaman manis dalam dunia blogging ?

Pengalaman manis gue, bila......merasa dapat hadiah lepas join segmen. Adela sekali dua. Muahaha. Sape nak rasa dapat hadiah yang best-best tu meh join GA YY ni !! 
Mari ! Mari ! Mari !


Tag : Nyue | Anis | Kak M


Good Luck !





Spontaneous Thursday : Her





Dia........
Tempat mengadu. Tempat dengar nasihat. Tempat manja-manja. Sifu ajar masak. Dia segalanya!
You're number ONE for me, MAK !




p/s : Kotak komen gue tak kemas la. Hmm! Ikut tuto pon tak jadi. Ade sape2 nak tolong tak? Muehehe. Muka tak malu jap -.-


Segmen Tambah Followers Laju Laju by IekaFarhana




Followers sekarang : 799

Tag : Anis | Mila


Mari tambah followers ! Tekan banner untuk JOIN :)




Layankan aje la -,-


 Assalamualaikum kalian :)

Habit gue.. Bila suka 1 lagu tu gue akan ulang sampai la bosan tahap tak lalu nak dengar dah. Sampai orang satu rumah pon naik bengang, " Apasal la minah ni dok ulang lagu sama tiap hari! " Hahaha. Lepas tu akan melalak lagu ni tak kira la dalam bilik air pon. Tihtihtih. Korang pon spesis macam ni jugak ke? Ke gue je? Wakaka :D 




Entri lepas :

Jemput baca :)





Wordless Wednesday # Thank you Wanieys Qalief




Assalamualaikum kalian. 

Nampak tak brooch bunga yang kiut kat atas tu? Comel kan. Hihi. Macam tahu tahu je kak Wanieys yang gue tengah kekurangan brooch skrg. Yess! Tak payah beli lagi. Jimat duit! Muehehe. Terima kasih Kak Wanieys. Semoga ikatan persahabatan alam maya ni kekal sampai bila-bila. Kan GSF? Errr, bila boleh jumpa ramai-ramai ni? Jeles gue tengok Deqla, Ayu ngan Dya dah jumpa pon tak habes-habes lagi ni. Muahaha :P


Nahh! Hasil x dapat tido malam tadi. Khas untuk Kak Wanieys. Ade iras x? Maaf lee.. Gue budak baru belajar. Huhu  ^^






Aiskrim Express Milo Choc Oreo



Assalamualaikum kalian. Semua sihat-sihat je kot? Sakit? Jangan lupa makan ubat k. Semoga cepat sembuh :)


Sejak dua menjak ni gue memang addict dengan aiskrim. Kadang-kadang, tiap petang sanggup p kedai cari menda ni. Dah terasa macam budak-budak pon ado. Hoho. Sebab dah addict sangat nak aiskrim je, terpaksa la cari inisiatif sendiri. Nak beli tiap hari memang parak la duit kan. Haha. Lagi-lagi bagi  penganggur macam gue ni. Huwaa :c


Terdetik hati nak try buat sendiri. Rajin kan? Haahaha. Godek punye godek, gue jumpa resepi kat blog family GSF, Kak Aine Ainun. Yesss yesss! Bahan-bahan tak susah. So wajib la buat. Haha. Thank you kak AA untuk resepi aiskrim tu. Memang lazat! Hihi. Nahh! Gue tinggal sikit kat korang. Share sorang sikit. Jgn rebut-rebut! :P


Tinggal half da. Semua masuk kat perut gue ;D


Sedia untuk dimakan. Ngaaaappp ! :o


Nahh! Gue share resepi 100% dari blog kak AA. Credited to her :)


Bahan-bahan : 

1 tin susu cair
2 s/b overlate (Jgn lebih. Kurang xpe)
1 biji putih telur
3 sudu coffemate
2 sudu Gula. Ikut rasa manis masing2.


Cara-Cara :

1. Putar semua bahan hingga kembang dan gebu (10-15 minit)
2. Masukkan perasa yang kita nak. Gue campur oreo yang dah dikisar sekali.
3. Simpan dalam peti 1 malam.
4. Esok siap untuk di ngaaaap! 



Selamat mencuba !



p/s : Abah cakap lepas ni jimat duit x payah beli dah. :3