Get This Wan Hazel Home Wan Hazel Facebook Wan Hazel Twitter Get This.

Resepi Cheesekut ♡ Cepat lagi lazat!

Assalamualaikum kalian.

Dah lama menyepi. Rasa rindu nak berblog macam dulu. Tskkk! Hope semua sentiasa dalam lindungan-Nya. Aaminn.

Kosong. Wa tak tahu nak post something yang menarik. Cumaaaaa...harini nak post resepi cheesekut yang senang ringkas tapi lazat. Bagi peminat tegar cheese boleh le try ye ;)

Bahan-bahan :

250g cream cheese
Fresh milk
1/2 tin susu pekat (kurangkan sikit kalau tak nak terlalu manis)
1 peket biskut Hupseng (4segi)

Cara-cara :

1. Blend cream cheese + susu pekat + fresh milk (ikut kepekatan).
2. Susun biskut satu per satu dalam 1 bekas sampai jadi 1 layer (before susun celup biskut dengan fresh milk)
3. Tuang sikit cream cheese atas biskut yang dah disusun.
4. Ulang langkah 2  & 3 sampai cream cheese habis.
5. Untuk topping boleh blend oreo then penyek je dekat atas cheesekut tu.
6. Siap. Letak je dalam fridge. Esok boleh makan :)

Selamat mencuba ツ

Women are meant to be loved

Wanita dijadikan daripada tulang rusuk seorang lelaki. Hatinya lembut. Andai sekali terluka............ (to be continue)

Konklusinya, hargailah setiap wanita yang pernah ada dalam hidupmu, wahai Adam.

Miss










I miss my blog....everything here :(






 

Which one is you ?



Please choose :)

Salam Ramadhan penuh keberkatan. Jaga nafsu bila ke bazar ramadhan. Kurangkan nafsu makan, banyakkan amalan :)

 

Ramadhan



Assalamualaikum. Almost 4 days je lagi kita dah nak puasa. Feeling excited. Semoga kita dipanjangkan umur untuk merasa Ramadhan untuk kali ini. In shaa Allah. Sama-sama jugak kita perbanyakkan amal. Peringatan buat diri ini. 


# Seriously, rindu nak berblog macam dulu-dulu. Tapi apakan daya. Laptop masih tak bernyawa :(

Semoga semuanya sihat sentiasa :)

 

DIY : Keychain



I'm in love with drawing. Padahal drawing tu entah apa la sangat. Kahkahkah. Bila dah cuti ni and nothing to do, ini je lah keghojenyee. I'm just draw on notepad putih, gunting, gum it on the black board then ambil loytape besar as a laminate. Untuk tambahan gue beli la ring tu then finally jadilah keychain made by Shuhada ! Haha :)

Anyway, happy hoooliday to all of u!


p/s : Agak-agak kalau nak bagi kat orang, orang tu terima tak? Wakaka. Okbai  :)



Dilema? What should I do?


Dilemma.
What should I do?
ISTHIKHARAH is the perfect answer. The best way.


Quote :

The best way to know whether or not Allah SWT is approving with our decision. May Allah SWT help us in making the right decision and strengthen our hearts & imaan to remain steadfast in walking towards His path, Ameen ya rabb! 

credit to : simplyhasanah. Thanks :)


Moga ada petunjuk dariMU ya Allah :')


Ciri-ciri pemimpin


PEMIMPIN satu amanah dan bukannya tempat mencari kemuliaan sebab amanah ini akan ditanya di akhirat nanti. Realitinya hari ini pemimpin dipuji, diberi sambutan dan tepuk sorak. Siapalah tidak ghairah pasang angan-angan menjadi pemimpin, hingga ada yang berkata: “Asyik dia orang saja dapat, bila lagi giliran aku pula.”

Islam sejak beratus tahun lampau mencipta rekod kepemimpinan di pelbagai benua dan kota, terus melakarkan beberapa pra syarat agar pemimpin betul-betul ‘menjadi’ dan orang yang dipimpin menerima nikmat kepemimpinan, bukan hanya terpimpin selamat di dunia malah juga di akhirat nanti.

Syarat pertama pemimpin ialah iman. Dalam surah al-Kahfi Allah menyatakan iman itu ada tiga implikasi, iaitu ‘imun’, ‘aman’ dan ‘amin.’

Imun maknanya kebal daripada maksiat dan kebal daripada rasuah. Aman maknanya dia berasa aman bila bersama Allah, malah di depan orang dia baik, di belakang orang pun dia tetap baik, bukannya hipokrit. Manakala ‘amin’ pula maknanya orang yang boleh dipercayai. Apabila sudah dipercayai barulah layak menerima amanah .

Syarat kedua ialah ilmu kepemimpinan. Kepemimpinan bukannya secara spontan atau pakai tangkap muat sahaja, sebaliknya mesti ada ilmu. Makna kepemimpinan ialah cara menggunakan pengaruh untuk mempengaruhi pengikut mencapai matlamat yang digarap. Jika tidak ada ilmu, sepak terajang dan kerenah kepemimpinan, nanti kita pula yang dipimpin.

Syarat ketiga ialah ‘selfleadership.’ Bagaimana kita boleh memimpin orang lain kalau diri kita tidak terpimpin?
Perkataan ‘leader’ merujuk kepada tanggungjawab (al-mas’uliyah). Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: “Setiap kamu dalam pemimpin dan setiap kamu akan diminta pertanggungjawab berdasarkan apa yang kamu pimpin.”
Syarat ini menggambarkan orang yang memimpin itu mampu bertanggungjawab terhadap diri sendiri. Maknanya, pemimpin tidak cepat melemparkan tanggungjawabnya kepada orang lain, tidak cepat terpengaruh dengan khabar yang tidak pasti.
Jika dia melakukan kesilapan, diri sendiri menanggung risiko, bukan mengkambing hitamkan orang lain demi keselamatan diri.

Syarat keempat ialah pemimpin memerlukan ‘The Power Of Communication.’ Ketika berinteraksi dengan pengikut akan menghadapi pelbagai kerenah, keinginan dan tuntutan yang semestinya mampu menenangkan mereka walaupun hajat tidak tertunai, bukannya putar belit.

Cara berkomunikasi ada empat:
1) Cakap mudah difahami, bahasa terang, arahan jelas tidak berbelit-belit.
2) Kesamaan. Setiap orang mudah didampingi, tidak ada tembok pemisah atau terlalu protokol. Pasangan berkahwin sebab banyak kesamaan antara mereka. Mereka nescaya bercerai jika ada banyak perbezaannya.
3) Ikhlas. Walaupun ikhlas terletak di hati dan tidak nampak dengan mata namun ia dapat dirasai. Jika tidak ikhlas seakan ada satu gelombang yang mengganggu perasaan orang yang dipimpin. Kata-kata tidak tajam tidak masuk di hati.
4) The power of service. Cakap hanya perlu pada tempatnya tetapi bertindak semestinya lebih banyak. Allah memberikan kita dua telinga supaya kita banyak mendengar, Allah memberikan kita dua mata supaya kita banyak melihat dan mengamatinya, kemudian bertindak berasaskan pendengaran dan pemerhatian.

Rasanya elok juga disinggung sedikit perkara yang menambah komitmen moral seorang pemimpin berasaskan tafsir lima ayat surah al-Muddassir.

i- Bangun dan beri peringatan. Pemimpin mempunyai kepedulian sosial yang tinggi. Sekiranya di sekelilingnya terdapat perkara menyalahi kebenaran, dengan kuasanya dia akan meluruskannya.
ii-Mesti membasarkan Allah. Pemimpin perlu sentiasa ke depan tetapi jangan mendahului Allah.
iii- Bersihkan pakaiannya. Pakaian luar dan dalam iaitu hati biar turut bersih.
iv- Tinggalkan dosa.
v- Janganlah memberi sesuatu kerana ingin mendapat lebih banyak malah kalau boleh jangan ingat bahawa kita pernah memberi kepada seseorang.


Sumber : Edy PTPL



P/s: Mana  yang betul kita ambil, mana yang salah mohon diperbetulkan. Salam Jumaat :)


Sunah-sunah & adab-adab hari Jumaat



Jom sama-sama beramal :)


p/s : Harini balik kampungggggg !!! Ahad mengundiiiii.....! So, hati-hati ye. Confirm jalan jammed! :D

Cukuplah Hanya Allah Yang Tahu :')



Saat ini. Detik ini. Beribu-ribu perasaan datang menjelma. Sedih, marah, terkilan, kecewa, suka, bahagia. Walauapapun perasaan itu, cukuplah hanya Allah yang tahu :')

Bismillahirrahmanirrahim.
 Selamat hari Isnin. Selamat bekerja. Selamat menuntut ilmu baru :)

 

Terapi mata









" Salah satu cara gue hilangkan stress time kerja adalah dengan melihat sesuatu yang comel dan sedap mata memandang. HAHA. Selamat men-terapikan mata !! ;D


All the pictures from http://yummykawaii.tumblr.com :)


Wordless Wednesday : The Rules of Happiness






In Shaa Allah. Trying to practise bit by bit ;)
Moga dipermudahkan oleh-Nya.
Selamat hari Rabu. Tulat dah Jumaat. Lepas tu Sabtu. Cutiiiii !! HAHA


Tujuh pahala yang diterima selepas mati



Dari Anas r.a. berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya : 
 
1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya. 
2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya. 
3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya. 
4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya. 
5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung. 
6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya. 
7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur'an maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri. 

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. telah bersabda : "Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam :

1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah) 
2. Ilmu yang berguna dan diamalkan. 
3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.








Salam Jumaat dari maksu dan Daniel. Moga hari ini penuh keberkatan buat kita semua ;)

Wordless Wednesday - Happy nyeeeee



Good morning kome kome .... !!
Yabedabeduuuuuuu.... harini durian runtuh sebab dapat online blog dekat pc office. Wakaka. sebelum ni dok kena block manjang. Lepas ni molek la mai keja awai then on selalu kt office. Kahkahkah. Sambil menyelam singgah minum air :)

Semoga urusan hari ini sentiasa dipermudahkan oleh-Nya. Aminnn :)


 

Janggal





Janggal. Rasa janggal nak menaip. Nak bercerita. Ke mana pergi semangat yang dulu? Pupus ? Mati sekejap ? Mana ? Mana ??
Haha. Gue sendiri tak tahu mana hilang semua tu. Rindunya nak macam dulu. Harap semua sihat-sihat hendaknya. Tunggu sang laptop yang mati hidup semula, In Shaa Allah, semangat tu akan menjelma. Hopefully! Gue sebagai manusia biasa hanya mampu merancang, tapi DIA yang menentukan. 




GSF.......... Kak Jaa, Pet, Eka, Anis, rindu hampaaaaa Y_Y



Masih setia





Thank you Uncle Nuff sebab sudi bagi BE kali ke-30. Walaupun gue jarang mengapdet, lu masih setia. Mohon jangan curang ! ;)



credit to this cutie gif : iceroslinadewi's photobucket :)





Abah


Credit : The doodler
Source : Facebook


Abah..
Terima kasih, terima kasih, terima kasih untuk semuanya,
Cintamu, kesabaranmu, pengorbananmu, pemeliharaanmu,
Maafkan aku bila belum bisa membalas semua kebaikan yang telah kau berikan untukku,
Tetapi aku berjanji akan selalu berusaha dan berdoa semampuku untuk kebahagiaanmu di masa tua mu nanti,
Walaupun apa yang ku beri nanti tidak sebesar apa yang ku terima selama ini, hanya senyummu yang ku mahu.



Ya Allah..
Terima kasih untuk ayah dan ibu yang telah KAU beri. Terima kasih Ya Allah :')




P/s : 'Ala kulli hal. Al-Fatihah buat pejuang yang terkorban. Moga syurga tempat mereka.



Spontaneous :D



" No one among us born as a perfect human. But, we have a choice to turn out to be better than before. Not a perfect one but just a better one "



Freebies : Beautiful lady ?


Tiba-tiba rasa nak buat freebies. First time ni. Muahaha. Kalau suka boleh la ambil & credit-kan kat gue (ikut suka). Tu je nak bebel. Byeee :)








- Auto publish -



Wordless : Dear GSF



Shuhada Othman,
Kg.Bukit, 11900 Bayan Lepas,
Pulau Pinang.



Buat GSF yang diingati lagi dikasihi,

Lama beno rasanya teman tak bertanya kabo. Ape kabo mike semua? Harap semuanya sihat-sihat belaka. Teman ni rindu beno kat mike sebenonye. Tapi malu nak kabo. Hmmm. Ni dapat online kejap pon nyempatkan buat post kat blog. Nanti bila ada rezeki lebih, dah boleh online selalu, teman pegi rumah mike ye. Ni pon teman pinjam housemate punye broadband kejap. Apepun, teman rinduuuu mike.

Sahabat alam maya,
Sahabat selamanya.
 In shaa Allah :)


Salam sayang,
                                                                                                  Teman    








Kuah meatball IKEA cara mudah


Ni resepi yang gue try masa CNY haritu. Kuah meatball ala IKEA. Bebulan jugak la gue simpan resepi ni. Elok je Kak Ieka post kat blog die dulu, terus gue copy. Haha. Bila dok rumah tu paham-paham jelah. Nak makan je kojenyeeee. Tambah gemuk lagi la gini U_U


# Ni masa malam 1st buat. Sedap sangat! Tak rugi cuba. Serious! :)

# Saja try chicken ball pulak. Erkk. Tak sedap. Meatball je gue rasa umphh!
# Garnishing gue failed! Haha. Takpa janji perut kenyang. Thanks again kak ^^


RESEPI KUAH MEATBALL IKEA

Resepi asal di SINI :)


1 biji bawang
1/2 biji tomato
1 1/2 sudu tepung gandum
2 sudu buttercup
100 ml fresh milk
1/2 kiub ayam
1/2 kiub lembu
1 1/2 cawan air

Bahan A (bancuh sekali) :
2 sudu sos cili
1/2 sudu sos tomato
2 sudu sos tiram
2 sudu kicap manis 
Sedikit lada hitam (sapa suka pedas letak la lebih)


Cara2 :
Panaskan butter, masukkan bawang yang dipotong dadu. Dah garing masukkan tepung. Kacau sampai keperangan dan masukkan tomato, masak sehingga tomato layu dan masukkan air dan susu. Kemudian masukkan semua bahan A. Masukkan kiub lembu dan ayam tu. Kacau sehingga menggelegak. Tutup api dan blande bahan yg dimasak tadi. Blande ni bagi semua bahan yang korang masak tadi hancur dan sebati.  Lepas blande korang masukkan kan balik dalam periuk dan panaskan semula sehingga menggelegak. Tutup api bila kuah nampak dah pekat sikit.


Selamat mencuba! :)


Minah vespa balik kampung



 
# Lets put some colour and effect. Gue memang lemah bab mengaler ni. Hohoii. Lastly done jugak! Minah vespa comel lagi ayu (angkat guni sendiri.Muahaha) Nak tumpang? Doposenlimaduit. Kuikuikui ;D


Hehehepiii holidayyyy! Mana yang pegi bercuti jauh-jauh tu, drive safely ye. Cuti 9 hari. Gue plan nak duduk kat rumah je. Nak rehat pueh-pueh. Korang pulak? :)



Empat mata bersama pemilik Jaakechik Corner



Haritu, 30-1-2013. Gue eksaited sebab dapat call dari Kak Jaa, pemilik blog Jaakechik Corner ajak jumpa. Mana tak eksaited, dah lama tunggu gewe Kelate ni mai Penang. Lepas tu siap nak bawak Fikri lagi. Haha. Lagi la gue eksaited.  

Time tu kitorang set jumpa dekat KFC. Gue bajet dekat komtar je la. Last-last tempat lain. Haha, masak! Gue mana tahu jalan. Kat Penang ni yang gue tahu jalan pegi kerja & pergi Bayan Lepas je. Area Georgetown memang gue failed! Muahaha. Then, terpaksa la Kak Jaa anak beranak datang ambik gue kat komtar. Kesian dorang. Dah la dengan jem lagi. Malu. Orang yang datang dari jauh lagi tahu jalan sini. Huhu

Sampai KFC, terus salam-salam. Malu pon ado mula-mula tu. First time jumpa live gini. Selalu tengok kat blog je kan. Haha. Selamat la kak Jaa ni peramah. Ada je benda nak buat sembang. Kalau tak, mau tunduk muka gue time tu. Hahahaha. Bajet pemalu sangaaat :p Bro in-law n husband dia pon ramah. Fikri pulak mau je dengan orang. Tak puas rasa dok main dengan dia. Kak Jaa, next year mai Penang, boleh la jumpa lagi. Time tu maybe gue dah tau jalan area sini kot. Haha *Kot*

Gambar curik dari blog Kak Jaa. Gue je yang nampak sememeh. Konon penat kerja. Haha :3

#Jeles tengok Kak Jaa. Kurus. Beza beno dengan gue. Gemok :/
# Baju coklat tu housemate, merangkap teman sekerja gue, Kak Mus. Teman ke sana ke sini :)



Ni time Fikri bagi kiss before balik. Haha. Dah pandai yee die. Alahai, rindu budak kecik ni. Kak Jaa, next time datang bawak Fikri lagi. Meh shu jaga. Hihihi ;D 

Alhamdulillah, niat nak jumpa akhirnya tertunai even sekejap. Sekejap-sekejap pon, gue happy. Hasrat jumpo blogger tu dah tercapai :)

Ehemm.. Sape lagi yang dok Penang ni?? ^^

Baca entri kak Jaa di SINI!



Allah Pencipta langit dan bumi, dan bila Dia berkehendak sesuatu, maka Dia hanya mengatakan kepadanya: "Jadilah!" Lalu jadilah ia." ( Al-Baqarah: 117)

- Sesungguhnya tiada yang mustahil dengan izin Allah -


As a reminder ;)





Sebagai peringatan untuk diri. Kalau boleh nak elak jadi macam ni. Bukan apa, mati tu bila-bila boleh jadi. In shaa Allah. Apa-apa pun, usaha elak. Salam Jumaat :)




p/s : Excited semalam first time dapat jumpa kak Jaa (Jaakechik Corner) anak beranak. Blogger pertama gue jumpa. Ehemm. Tengkiu again kak Jaa for the Golden Wrap. Murah rezeki akak. Aminn. Phone bateri low semalam. Tak dapat nak tangkap gambo. Kena tunggu orang sana update dulu la gamaknye ;D


p/s : Nur, CNY ni free tak? Jumpa jom nak? Shu cuti seminggu. ^_^v





Hikmah itu. Bersangka baiklah pada Allah.



Mungkin ramai yang dah baca rentetan kisah pemergian Almarhumah Siti Hajar binti Ahmad Sabir. Kisah yang banyak memberi manfaat pada setiap pembaca, termasuk gue. Allahhuakhbar! Besar pengajaran buat kita. Moga setiap rentetan kisah tersebut dapat mendorong kita sedikit sebanyak menjadi insan yang lebih baik dari sekarang. In shaa Allah. Sama-sama kita tingkat usaha.


Al-Fatihah buat arwah. Semoga syurga tempat untuknya :')


Setiap yang hidup pasti akan pergi. Bukan saat ini, mungkin esok lusa. Moga bila tiba masanya, ia dalam keadaan baik sahaja. Amin. Qullu nafsin zaaiqatul maut.


Kisah penuh di SINI



P/s : Dah lama rasa tak update blog. Singgah blog kawan-kawan. Blogwalking. Follow back. Yes, terlalu lama. Apa cerita? Nampak busy bebeno kan gue. Padahal orang lain pon kerja jugak. Alahai. Sorry sorry exp to GSF Family. Gue still tak dapat cara camana nak curi masa komen macam dulu. Kadang-kadang balik kerja pasang niat malamnya nak bw, last-last zzzZZ akhirnya. Tolong motivate gue sikit bab ni boleh? Jeles jugak bila tengok orang lain yang kerja pon still dapat update blog and blogwalking segala. Mohon tips pleaseee! Y_Y




Unpredictable




Salam Jumaat semua. Semoga kita sentiasa diberkati oleh-Nya. In Shaa Allah. 


p/s : Allah sentiasa ada dengan kita. Takmo sedih eh eh eh :')



Header untuk pemenang Contest My Blog Superb by Fatimah Azzahrah


Alhamdulillah, lega sikit rasa sebab header dua orang pemenang dah siap. Semalam berjaya buat satu dan harini buat satu lagi. Gue usaha ikut citarasa yang dorang mintak. Mungkin ada yang kurang kat situ atau sini. Gue minta maaf atas sebarang kekurangan tu ye :)



Header untuk Maisarah. Dia mintak letak bear Rilakkuma. Cilop gambar kat google jep. Dia cakap takpe :)
























Header untuk Azieyan. Dia mintak random doodle. So, gue buat macam ni je sebab nak kaitkan dengan description blog :)





p/s : Gue tengah tunggu respon lagi 2 orang pemenang. Sapa rasa dia menang tu, inbox FB gue nanti. ASAP k. Kalau tak lebur la eh :)

Selamat berhujung minggu. Esok jom p market. Goodnight! ;D



Huda Syafiqah 's 1st Giveaway





Bismillah. Gue pon nak cuba nasib jugak. Putih mata tengok hadiah-hadiah dia. Sungguh! Muahaha


Gue nak tag :
 Nyue ( http://nyueyien.blogspot.com/ )
 Eka ( http://sweetsour93.blogspot.com/ )
 Anis ( http://niswatussolikah.blogspot.com/ )



Senarai Hadiah :

- Sepasang baju peplum  × 1 
- Bohemian Watch kaler Baby Blue  × 
- Cenderamata special × 10 
- Tudung  Bawal Bead Sakura × 1 
- Tudung × 
- Sepasang kain Korean Cotton × 4 
- Pure Marine Collagen Gred AAA × 1 
- Pure Marine Collagen Gred AA × 2 
- Pin Comel × 
- Header comel × 
- Name Keychain × 
- Cartoon Keychain × 
- Edit Full Blog + Header × 
- Doodle × 4 

( Totally judge by random.org )


Good Luck ! :D




Wordless Wednesday # Tidak pandang pada rupa





LOVE that comes with looks… goes with looks. 

True Love does not start by gazing at the looks of a person, but by knowing the beauty of their character - Eshalziya
Quran 30:21» “And of His Signs is that He created for you from yourselves mates that you may find tranquility in them; and He placed between you LOVE and MERCY.”

Cinta Benar tidak bermula dengan merenung keindahan wajah seseorang, tetapi dengan mengetahui keindahan watak mereka - Eshalziya
Quran 30:21 »" Dan dari ayat-ayat-Nya ialah bahawa Dia menciptakan untuk kamu dari jenismu sendiri, rakan-rakan yang mungkin merasa tenteram kepadanya, dan Dia jadikan antara mereka CINTA dan RAHMAT. "



Banner untuk pemenang Contest My Blog Superb by Fatimah Azzahrah



Firstly, gue dengan rendah dirinya nak minta maaf sangat-sangat untuk pemenang yang menang hadiah banner & header dari gue untuk Contest My Blog Superb by Fatimah Azzahrah haritu. Maaf atas kelewatan ye awak awak. Hmm. Hmm. Nak nangis je rasa. Boleh? Y_Y 

Elok sangat la kan 1.1.2013 baru gue dapat publish banner tu. Alahaii. Tapi untuk pemenang banner dulu la. Bagi yang menang header tu, header korang dalam proses pembuatan taw. Harini, gue just dapat publish bagi yang menang banner je dulu. Maaf again untuk yang dapat header. Y_Y

Bagi yang tak tahu cara nak pasang banner dekat sidebar boleh rujuk link ni.  So, senang sikit kerja korang nanti :)



Banner untuk Blog Annur_Qaseh


(http://i1286.photobucket.com/albums/a612/shuhadaothman/For%20blogger%20only/annurqaseh_zps06305bec.gif)



Banner untuk Blog EzzatiZati


(http://i1286.photobucket.com/albums/a612/shuhadaothman/For%20blogger%20only/ezzatizati_zps1314b52e.gif)






p/s : To pemenang, maaf atas sebarang kekurangan. Maaf maaf maaf.
p/s : To GSF & readers, selamat tahun baru. Love u. 
p/s : In shaa Allah, akan usaha jadi segar macam dulu :)