Get This Wan Hazel Home Wan Hazel Facebook Wan Hazel Twitter Get This.

Jangan tanya tinggi aku berapa.

" Shud , tinggi ko berapa eh ? "
" Maksu , awat rendah sangat. Haha (sambil gelak perli) "
" Shud , cuba ko gayut hari-hari kat taman tu. Hihihi. Kot boleh tinggi lagi ke "
" Yang , kawen nanti kena tempah la baju awak. Nak beli terus non-ado saiz. Kikiki "



Kome penah di tanya soalan dan kenyataan sebegini ???
Arghhhhh.....stress yang amat bila orang dok tanya pasal tinggi ni berapa. 
Errrr..tak boleh ke tanya soalan laen.


Cuba la cakap macam ni ka , 


" Shud , awat comel sangat ni ? (Haha , takde la aku terasa sangat diri ni rendah sangat kan)
" Maksu , takpa aih. Rendah pon cute hapo. " (Haa..sejuk siket dengonyee :P )
" Shud , takyah la susah-susah gayut tiap hari. Camni pon ok. " (Bagus ! Aku ni memang malas nk senaman segala)
" Yang , takpa , nanti kawen i tempah spesial baju untuk u. Lawa punyaa. (Hahaha, lau camni aku tak kisah. Sayang lagi hado xD )



Uwaaaa...yang lagi aku hangin bila ada yang kata, orang yang rendah ni kena tambah ketinggian sebab akan :


(1) mempunyai bilangan anak yang kecil. Haambooi kemain. Mak aku pon takde tinggi mana. Anak ramai ja.  7 orang lagi.

(2) menerima gaji yang rendah. Belum cuba belum tahu kan. Rezeki setiap orang lain-lain. Negative thinking. Puuuiii xP

(3) sukar mencari fesyen pakaian dewasa. Ewah ewah. sapa cakap? Selama ni aku pakai baju tak penah pulak orang cakap " Eeeii , awat hang pakai baju macam budak-budak ni" Okay.

(4) tidak dipandang serius. Yekeee ??


Klik gambar untuk ketinggian tumbesaran.


Emo tak? Haha , yes! Agak sensitip okay pasal tinggi-tinggi ni. Tapi serendah-rendah mana pun, kita MESTI bersyukur sebab dilahirkan dengan tubuh yang comel dan organ yang sempurna macam ni ok. Okay, anak-anak. Alaaah , rendah tu apa la sangat. Still lagi dapat bawak beskal, moto, keta, lori suma kan ? Wat lekkk suda. Chill bebeh =)



Nah ! Check ni. Are you ideal or not ? (^__^)/



# tiap ari nak makan kacang panjang. untung-untung boleh tinggi. Kuikui. Boii =D



Thankful sebab Allah temukan kita dengan orang yang salah. SEBAB ?

Hooray! Esok dah isnin. Sangat seronok okay. Kelas lagik. Bila nak keja tak taw. Heww. Hambo jemu dah ngadap buku-2 eksaimen bagai. Erkk , sabor-sabor. Semua perkara ada sebab alasannya. Nanti sampai seru kerja tu , maka bekerja lah aku. Tettt (sabar)


*Abaikan perkara yang tidak berkait di atas*

Bila stay umah sorang-sorang ni mula la nak berangan and terkenang bagai. Teringat benda-benda lepas buat aku rasa down tetiba. Rasa menyesal tu tebal sangat semuanya sebab that makhluk la kot. Stupido nye lahai time tu. Awat la , awat la aku kenal dia kan. Bodohnya bodohnya. Err , okay stop. Let being positive. Tarik nafas hembus sampai tiga kali , cukop. Semua yang dah jadi tu ada hikmahnya Shuhada. Bukan ko sorang penah rasa mende tu. Ramai lagi orang kat luar tu yang dah terkena. But , one that I must remember. Allah ada sebab kenapa semua tu terjadi. Kenapa ko dan aku jumpa orang yang salah before ni. Everything must have a reason kan.

1. Maybe Allah sengaja pertemukan kita dengan orang yang salah sebelum yang benar jodoh kita sebab nak tengok kita ni bersyukur ke tak dengan segala ketentuan-Nya.

2. Maybe jugak Allah nak kita jadi penilai yang baik. Thats why.

3. Ermm , mungkin Allah sengaja pertemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat mengutip setiap pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

4. Semuanya bersebab. Maybe Allah nak kita sedar bahawa kita ni hanyalah makhluk biasa yang sentiasa mengharapkan pertolongan-Nya.

5. Mungkin jugak Allah nak kita jadi hamba yang hebat dan ada jiwa yang kental :')

6. Dan dan mungkin ada jodoh yang lebih baik untuk kita. Yang sudah tertulis di tangan-Nya. Insya'Allah :')

Dan mungkin semua tu terjadi supaya kita sedar bahawa kehidupan sekarang ni tak selamanya kekal. Be prepare. See , semuanya ada sebab munasabab nya why la semua tu jadi kat kita , kat aku. Tak perlu bersa bodoh aka stupid lagi. Ehemm. Conclusionnye , be thankful atas semua yang dah terjadi. Why? Kalau tak mungkin aku tak jumpa dia sekarang ni. Maybe ada yang cakap " alahh , bajet da kawen je pon " kan. Yapp , memang belum pon. Tapi tak salahkan berdoa. Mungkin benar dia jodoh aku , mungkin juga tak. But pada aku , percaya ikhlas jujur bersedia dan redha atas apa yang mendatang. Doa itu penting. Always positive. Jodoh tu kan rahsia Allah :')