Get This Wan Hazel Home Wan Hazel Facebook Wan Hazel Twitter Get This.

Satu Penerbangan



Penerbangan Nyata. Semua bakal merasa.


Assalamualaikum kalian.




         1. Di mana maklumat tentangnya tidak terdapat dalam sebarang
            brosur penerbangan, tetapi melalui Al-Quran dan Al-Hadith.

         2. Di mana penerbangan bukannya melalui Air Asia atau AirJordan,
            tetapi Al-Jenazah.

         3. Di mana bekalan kita bukan lagi beg seberat 23 kg, tetapi
            amalan yang tiada caj lebihan berat, atau tiada caj lebihan
            berat ianya atas kesudian Pencipta kita.

         4. Di mana bajunya bukan Pierre Cardin, atau setaraf dengannya
            tetapi kain putih cotton.

         5. Di mana pewanginya bukan Channel atau Paco Rebone, tetapi air
            mawar dan cendana.

         6. Di mana pasport kita bukan Malaysia, British atau American,
            tetapi Al-Islam.

         7. Di mana visa kita bukan lagi sekadar 6 bulan, tetapi
            'Lailahaillallah'.

         8. Di mana pelayannya bukan pramugari jelita, tetapi Izrail dan
            lain-lain.

         9. Di mana layanan dalamnya bukan lagi kelas business atau
            ekonomi, sekadar kain yang diwangikan.

         10. Di mana destinasi mendarat bukannya KLIA, Heathrow
            Airport atau Jeddah International, tetapi tanah perkuburan.

         11. Di mana ruang menunggunya bukan lagi bilik air-cond dan
            permaidani, tetapi bilik 6 kaki dalam gelita.

         12. Di mana pegawai imegresen adalah Munkar dan Nakir, mereka
            hanya memeriksa samada kita layak ke destinasi yang diidamkan.

         13. Di mana tidak perlu pegawai kastam dan alat pengesan

         14. Di mana lapangan terbang transit adalah Al-Barzakh.

         15. Di mana destinasi terakhir samada Syurga yang mengalir
            sungai di bawahnya atau Neraka Jahannam.


Penerbangan ini tidak dinyatakan nilainya.

         1. Ianya percuma, jadi simpanan (savings) anda tidak akan
            dihabiskan.

         2. Penerbangan ini tidak akan dirampas, oleh itu tidak perlu
            bimbang.

         3. Sajian tidak akan disediakan, oleh itu tak perlu risaukan
            masalah alergi atau halal-haram makanan.

         4. Jangan risaukan delays, penerbangan ini sentiasa tepat
            waktunya, ia berangkat dan tiba tepat pada masanya.

         5. Jangan fikirkan tentang hiburan dalam penerbangan, anda telah
            hilang selera bersuka-ria.

         6. Jangan bimbang tentang tempahan, ianya telah siap ditempah
            sejak anda disenyawakan di dalam rahim ibu.


Ya! Berita Baik!!


Jangan bimbangkan siapa yang duduk di sebelah anda. Anda adalah
satu-satunya penumpang penerbangan ini. Oleh itu bergembiralah selagi
boleh! dan sekiranya anda boleh!


Hanya ingat!! Penerbangan ini datang tanpa 'amaran'. Cuma perlu ingat! Nama
anda telah ditempah untuk penerbangan



ADAKAH KITA TELAH BERSEDIA UNTUK BERANGKAT???




Sumber : Pendrive abang



p/s :  Hohhh rindunya nak aktif cam dulu -.-"


19 comments:

Unknown said...

nice entry.. satu perkongsian yg bermanfaat... thanks for sharing.. :)

are_lin@yu said...

setuju..sangat takut..moga ktia dirahmatiNya ..

Liyana Anuar said...

peringatan untuk kita semua~ :)

Unknown said...

semua akan merasa! kita kne bersedia! :)

Chic Na said...

seriau gak baca. menginsafkan. :)

Cik Ai said...

nice sharing di hari jumaat penghulu segala hari :)
**sama2 kita ingt memperingati ;p

Miss N™ said...

Adakah anda sedia untuk berangkat..?

soalan ini buat nur rasa kerdil diri sangat..padahal belum cukup segala untuk berangkat...

serius, walaupun bersedia, tetapi masih ada rasa takut..huhuh

dya nasir said...

peringatan utk semua..takutnya..:(

lelamaisara said...

semua orang akan merasakan nye...

kayyana said...

entry yang bagus untuk dihayati.. InsyaAllah.. sama sama mengingati

mummyrinazone beauty said...

waduh dikkkkk hakak suka bangat ngan perkongsian nie..betul tak tipu..mmg betul bila baca semua yang diatas.akak nak tempah tikit..huhu kena siapkan amalan dulu,..insaf seketika..sesungguhnya mati itu wajib.masa semakin hampir..

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

kita semua dh ada tiket utk penerbangan tuh...

Azzah said...

tiket penerbangan tu tak payah beli pun..

◕ D Y S H A S A H H I R ◕ said...

kena sntiasa ready sb kita xtau tket msa penerbgan

caliph shuriken said...

noted.. nice sharing...

Pwincess said...

Menginsafkan betul. uhuks T__T

9n0L4 said...

sharing yg sgt baik dear. ;)

EkaTikah said...

nice sharing shu.. satu peringatan :')

Anis Samik said...

meremang bila baca.. thanks pendrive abang sebab buat shu share bende ni! hehe... insyaAllah jd peringatan utk anis! :)