Get This Wan Hazel Home Wan Hazel Facebook Wan Hazel Twitter Get This.

Kuah meatball IKEA cara mudah


Ni resepi yang gue try masa CNY haritu. Kuah meatball ala IKEA. Bebulan jugak la gue simpan resepi ni. Elok je Kak Ieka post kat blog die dulu, terus gue copy. Haha. Bila dok rumah tu paham-paham jelah. Nak makan je kojenyeeee. Tambah gemuk lagi la gini U_U


# Ni masa malam 1st buat. Sedap sangat! Tak rugi cuba. Serious! :)

# Saja try chicken ball pulak. Erkk. Tak sedap. Meatball je gue rasa umphh!
# Garnishing gue failed! Haha. Takpa janji perut kenyang. Thanks again kak ^^


RESEPI KUAH MEATBALL IKEA

Resepi asal di SINI :)


1 biji bawang
1/2 biji tomato
1 1/2 sudu tepung gandum
2 sudu buttercup
100 ml fresh milk
1/2 kiub ayam
1/2 kiub lembu
1 1/2 cawan air

Bahan A (bancuh sekali) :
2 sudu sos cili
1/2 sudu sos tomato
2 sudu sos tiram
2 sudu kicap manis 
Sedikit lada hitam (sapa suka pedas letak la lebih)


Cara2 :
Panaskan butter, masukkan bawang yang dipotong dadu. Dah garing masukkan tepung. Kacau sampai keperangan dan masukkan tomato, masak sehingga tomato layu dan masukkan air dan susu. Kemudian masukkan semua bahan A. Masukkan kiub lembu dan ayam tu. Kacau sehingga menggelegak. Tutup api dan blande bahan yg dimasak tadi. Blande ni bagi semua bahan yang korang masak tadi hancur dan sebati.  Lepas blande korang masukkan kan balik dalam periuk dan panaskan semula sehingga menggelegak. Tutup api bila kuah nampak dah pekat sikit.


Selamat mencuba! :)


20 comments:

Unknown said...

terima kasih ajarkan resipi tu..sedap nampak

Miss N™ said...

wahh..nampak pun tahu mmg sedap..nanti nak cubalah.. :)

◕ D Y S H A S A H H I R ◕ said...

memeg nmpak sedap la shu.. resepinya pun simple je kan

Arina Shamsul said...

insyaallah,ada masa nak cuba jg la...hihihi

Chic Na said...

takyah p ikea la pasni semata2 nak makan meatball ni. hihi..

Nyue said...

wahhh..rajin jugak shu ni..hehhehehe

jaakechik said...

tengkiu share yer shu..pasni nak try buat gak laa..~kalo rajin. skrg ni malas sikit nk masuk dapur....heeee!

lelamaisara said...

wah....macam sedap je tu...

Cik Ai said...

sedap eh?betul cam Ikea?
kalo betul nk try nih sbb ai pnh mkn kat IKEA mmg sdap pun.hehe

Unknown said...

nmpk menarik.. percubaan yg bagus ni dear... mmg nmpk sdp..

Mrs Velentine said...

kamu buay MV lapar lah

EkaTikah said...

kite belum cube lagi meetball IKEA.. hehe

Unknown said...

sedapnye shu...oh..jeles! telan air liur je

are_lin@yu said...

selera tgk..nk ckt..hehe

dya nasir said...

pergh..nk try lah....

Solehah Shamsuddin said...

wah nampak sedap ni. shu, nk cikit :)

Nurul Says said...

nak try juga..x pernah lg makan kat Ikea ni..KESIHAN :(

Si Matatajam said...

Teringin plak nak rasa

Liyana Anuar said...

mcm sedap je~~ :)

Liyana Lunia. said...

nak buat nak buat heeeee