
Assalamualaikum kalian :)
Hari Sabtu gue banyak dihabiskan dengan men-joining kan diri dalam contest Giveaway je. Tak kua mana-mana. Stay kat rumah besarkan badan yang dah sedia besar ni. Hewhew. Then petang berkebun dengan mak. Tu la saat paling manis bagi gue untuk hari ini. Hee. Dah penat join contest and giveaway, gue nak share ilmu yang gue baca pulak. Harap ianya berguna. Happy reading guys :)
KELOMPOK MANAKAH KITA ?
1. Golongan yang sibuk.
Iaitu orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.
2. Golongan yang manis dengan senyuman.
Orang yang ditimpa musibah lalu dia berkata " Inna lillahi wainna illaihi rajiuun " dan berkata " Ya Allah, Aku redha dengan ketentuanMu ini " sambil mengukir senyuman.
3. Golongan yang kaya.
Orang yang tidak puas dengan nikmat yang ada, sentiasa mengumpul harta sebanyak yang mungkin.
4. Golongan yang miskin.
Orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang hanya sementara.
5. Golongan yang rugi.
Orang yang sudah sampai usia tuanya tapi masih malas untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.
6. Golongan yang paling cantik.
Orang yang mempunyai akhlak yang baik.
7. Golongan yang besar rumahnya.
Orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan diluaskan.
8. Golongan yang kecil rumahnya.
Orang yang mati dan tidak membawa sebarang amal kebaikan, nescaya kuburnya akan menghimpitnya.
9. Golongan yang kedekut.
Orang yang telah membaca ilmu yang baik, tapi tidak disampaikan pula pada orang lain.
Yang mana satukah kita ?? :)
Kamu sangka dia yang paling banyak bicaranya tentang agama adalah yang paling baik agamanya. Hakikatnya, dia mungkin lebih lemah agamanya daripadamu. Bicaranya sebenarnya peringatan untuk dirinya sendiri. Percayalah! Ada manusia memilih untuk berdakwah bukan kerana dia itu insan terbaik. Tetapi kerana ingin berusaha menjadi yang terbaik. Sambil mengajak manusia ke arah kebaikan. Dakwah bukan hanya untuk orang baik-baik. Tetapi juga untuk yang tak baik menjadi baik! Dakwah bukan hanya untuk menjadi baik, tetapi untuk mempergiatkan usaha beristiqamah agar dapat menjadi lebih baik di sisi-Nya.
p/s : Entry sekadar renungan bersama :)