
Doodle : Hantu Air

Bulan puasa kalau dapat minum air bergelen-gelen time berbuka tu dah kira feeeeeel habis ok. Haha. Air tebu, tembikai, laici, lengkong, soya, kelapa semua gue tibai. Tambah pulak ketul ais banyak-banyak. Serius nikmat! Haha. Semua tu sebab napsuu. Napsu ok. NAPSU. Hewhew. Then mula lah liat nak pegi surau buat terawih bagai. Ishh ishhh ishhhh! Tak payah nak pelik la kalau mak panggil gue hantu air. Tssskk! Sampai hati mak.
Moral :
Jangan buat perangai macam gue ok. Tak pasal dapat kencing manis kang. Lebihkan minum air kosong/ air masak ye awak. Bergelen-gelen pon takde masalah. Badan sihat, otak cergas, plus tenaga pon bertambah untuk hari esok. Hihi. Selamat berpuasa untuk hari ke-11 :)
Labels:
Doodle,
Ramadhan,
Tips sihat
Sakit dan rindu

Assalamualaikum kalian. Baru seminggu tak jenguk sini dah rindu kalian. Serius! Rindu nii.... Hewhew. Rindu gue tak? Muehehe.
“Kalau manusia itu tidak pernah mendapat cobaan dengan sakit dan pedih, maka ia akan menjadi manusia ujub dan takabur. Hatinya menjadi kasar dan jiwanya beku. Kerananya, musibah dalam bentuk apapun adalah rahmat Allah yang disiramkan kepadanya. Yang akan membersihkan karatan jiwanya dan menyucikan ibadahnya. Itulah ubat dan penawar kehidupan yang diberikan Allah untuk setiap orang beriman. Ketika ia menjadi bersih dan suci kerana penyakitnya, maka martabatnya diangkat dan jiwanya dimuliakan. Pahalanya pun berlimpah-limpah apabila penyakit yang menimpa dirinya diterimanya dengan sabar dan redha.” - Ibnu Qayyim
Semoga kita semua diberikan kesihatan tubuh badan yang sihat. InsyaAllah. Jaga makan minum taw. ^^
P/s : Sebelum ni kurang sihat sikit. Sorry ea. Tak dapat nak bw, komen macam selalu. Alhamdulillah, harini baru dapat apdet. Dan InsyaAllah, akan bayar hutang-hutang yang tertunggak. Heee. Terima kasih to Sis Jaa and Lana sebab tanye khabar gue. Teharu der. Rasa kehilangan eh? Muahaha. Dan dan to GSF dan kome yang sudi meriahkan blog ni selama ketiadaan gue. Terima kasih sayang-sayang. Imissyuu. Uhukk :)
P/s : To Solehah , cepat-cepat baik demam ye. Jangan miss makan ubat. Syafakillah dear :)
P/s : Salam Ramadhan ke-10 semua :)
Wishlist Ramadhan

Puasa tak banyak rongak
Terawih tak nak miss
Tambah amalan /perbetulkan diri
Praktis tekan minyak sampai boleh
Dapat lesen P
Tak 'banyak' langgar pantang
Eratkan lagi ukhwah sesama insan
Nikah cepat. Muahaha
P/s : Sebenarnya banyak lagi nak letak tu. Tapi apakan daya..Kudrat gue kurang harini. Ehemm! Gue dah pandai beza mane clutch, brek dan minyak. And dah pandai masuk parking and naik bukit. Muahaha. Tu pon nak cakap. Haruslah bagi orang buta pasal kereta macam gue. Hahaha. Selamat berbuka kalian :D
Labels:
Ramadhan
Sabtuday puasaday lesenday sleepingday

Assalamualaikum kalian. Amacam 1st day puasa ?? Takde yang bukak pose lagi kan. Muehehe. Harap-harap semua masih bertahan ye. Gue baru lepas dengar ceramah kt driving centre tadi. Hewhew. Mengantuk tersangat mengantuk time dengar ceramah tu. Setan punye keje la ni. Ehh?
Gue tido nyorok kat belakang akak yang dok depan. Ni la kelebihan bila berbadan kecil molek kan. Muehehe. Molek ke? -,-
Q kemain panjang untuk amik "punch card" ni. Hewhew. Gantung kat leher pulak.
Muka riang ria sebab dah boleh balik plus tak payah dengar ceramah lagi.
>,<
Babai. Isnin gue datang lagi taw cikgu :)
p/s : Petang ni beli kuih tunjuk je untuk berbuka. Kalian ?? ^^
Labels:
Lesen gue
Doodle : Untuk dia

p/s : Setiap perbuatan baik yang dilakukan akan mendapat balasan berganda. Bulan puasa bulan berganda. Usaha collect pahala banyak-banyak taw! :)
Pemenang Random Teka Teki I/C

Assalamualaikum kalian :)
Teka teki pasal teka tahun IC tu dah tamat. Just a random one. hewhew. Thanks pada kome yang sporting dok main teka teka ok. Lepas ni nak buat lagi la. Ok tak ok tak ? ^^
Dengan ini gue ingin mengumumkan peneka paling tepat
ialah..................................
NYUE ..!
*clap clap*
NYUE ..!
*clap clap*
Sape yang tak kenal boleh terjah blog beliau. Tekan je banner OK.
Ehemm! Ahli GSF mesti dah kenal kan. Muehehe
Jawapan yang diberi ialah :
Yess! Tu IC time gue Form 3. Tahun 2005. Ekceli purse hilang time Form 2. Time Form 3 baru gue buat IC baru. Muahaha. Jadi pendatang asing dalam diam selama setahun. Ni semua gara-gara takut nak cita kat abah pasal purse kena curik. Plus abah gue garang. Thats why laaaa. Hihi. Jangan ikut perangai gue ok.
>,<
P/s : Nanti send nama & alamat kat unguviolet307@gmail.com ye Nyue :)
Labels:
Teka Teki
Doodle : Lets warming up ur Ramadhan!

Assalamualaikum kalian :)
Nawaitu sauma ghodin ‘an ada’I fardi ramadhana
Hazihis sanati lillahi taala
Sahaja Aku berpuasa esok hari
Untuk menunaikan Fardhu Ramadhan
Tahun ini kerana Allah Taala
Hazihis sanati lillahi taala
Sahaja Aku berpuasa esok hari
Untuk menunaikan Fardhu Ramadhan
Tahun ini kerana Allah Taala
Warming Up !
p/s : Sabtu amik lesen. Dengar ceramah 6 jam. Tidooooo gamaknye. Hewhew
p/s : Selamat berpuasa kalian kalian semuaaa ! ^^
IC baru kes 3 bulan lagi

Assalamualaikum kalian.
Berapa hari lepas gue ambil kesempatan lepas pergi klinik terus pergi renew IC baru. Nak ganti IC lama kat atas tu. Muka gue pon nak hilang sebelah dah. Plus warna biru pon nak jadi kuning. Muehehe. Memang buruk. Kan ?? Gue nak bagi kat abang kaunter tu pon rse malu-malu. Sure dia gelak dekah-dekah dalam hati kat gue. Ciss ciss! Haha. Setel semua sekejap je. Dalam 15 minit camtu. Tangkap gambar pon sekali je. Entah macam mana la rope gue. Huwaaa.. Nak taw kena tunggu 3 bulan lagi. Semua nak kene 3 bulan. Apeni apeni.. Hmmm. Sabar Shuhada sabar.
P/s : Agak-agak kome tu tahun bila punye IC ?? Ce teka ce teka.. Betul gue kasi hadiah untuk yang betul-betul tepat. Hikhik. Lailailai ! Before 12 malam ni ok.
P/s : Lusa dah nak puasa InsyaAllah. Dup dap dup dap. Tak sabar aih. Da ready ke semua? Selamat berpuasa kalian. Puasa penuh taw taw ^^
Labels:
IC lama vs IC baru,
Teka Teki
Wordless Wednesday # Menu harian selama 3 bulan

Assalamualaikum kalian :)
Makanan berzat untuk jangka masa 3 bulan. Hari-hari siang malam. Erkkk..dah macam pantang lepas bersalin gue rasa. Tsskkk. It's ok Shuhada. Ape-ape pon ikhtiar kena ada. Prevention is better than cure. Kan ?
P/s : Baru balik klinik + check up. Maaf tak dapat BW berapa hari lepas. InsyaAllah, sedang berusaha balas. Internet slow jadi lambat sikit :)
Labels:
Wordless
Awesome Give Away Dunia Sebenar Shida

Assalamualaikum kalian.
Harini last day untuk join giveaway shida. Dah tahu lama dah. Tapi harini baru gue sempat untuk join berikutan masalah line yang lembap semacam. hewhew. Anyone yang nak join still sempat lagi. Ade berapa jam lagi before tamat jam 11.59 malam INI.
Klik banner bawah ni untuk penyertaan.
Syarat-syarat :
1. Follow blog penganjur dan sponsors GA ini :
- E'S OnlineShop (21) - OdahoneBiz (105)
- Muhammad Saiazuan (1875) - Lyssa_Secret (50568)
- Fiz Graphic (7680) - Arol Mubin (1584)
- Nur Damia - Arra Ahmad (2323)
- Zinnia Z A Shop (FB) - IntanBerlian (1320)
- Qat_Bawal Shop (8) - Eza_stories
- Irwani Zulkifli - Eqbal Zack (6010)
- Nurul Yui (2270) - Bui Junaidi (1332)
- Nur Athirah (575) - Puan Azizah (3852)
- Eca_Dwinky Asha (1233) - Ain Zulaikha (3666)
- Puan Ummi (480) - EGTV.com.my (FB)
- Peyan (503) - Shida sendiri (3003)
- DhiyahShoppe - GAnContest
- Rahayu Izaima - Gula-gula Kapas (822)
- Marliyana (138) - Rafhanah Blogshop (96)
- Nurnie (14) - Nurjamal83 (234)
- DhiyahShoppe - GAnContest
- Rahayu Izaima - Gula-gula Kapas (822)
- Marliyana (138) - Rafhanah Blogshop (96)
- Nurnie (14) - Nurjamal83 (234)
2. Like Fanpage sponsors disini -->> Fanpage Sponsors
3. Hadiah-hadiah yang ditaja oleh sponsors boleh lihat sini -->> Hadiah GA
4. Syarat-syarat selebihnya boleh lihat di sini -->> Syarat-syarat penyertaan
Good Luck !
Labels:
Giveaway
Doodle : Si Couple Gajah

Assalamualaikum kalian :)
Jatuh bangun sentiasa bersama. Itu baru namanya teman. Ada di kala susah dan senang ;)
p/s : Alhamdulillah. Kesihatan beransur pulih. Terima kasih ya Allah. Semoga kita semua diberi kesihatan yang baik untuk hari-hari yang akan datang. Aminn.
Spontaneous Thursday # Get Closer
Labels:
Spontaneous Thursday
Wordless Wednesday # Sembahyang itu tiang agama

Assalamualaikum kalian :)
- Sembahyanglah anda sebelum anda di sembahyangkan -
Comel kan craft ni. Penuh makna tersirat :)
Labels:
Wordless
Cik Buaya 1st GiveAway : Choose Your Prize

Assalamualaikum kalian
Mekasih pet sebab dah tag kite. Hewhew. Anyone nak join sila klik banner. Arasso ?
Syarat-syarat tengok SINI
Gue pilih hadiah RM50. If rezeki dapat boleh beli kasut raya. Muehehe. Doakan gue murah rezeki ye :)
Babai.
Labels:
Giveaway
Art Trade with Azzah Sayurlemak

Assalamualaikum kalian :)
Hewhew. Mimpi ape tak taw tetiba rasa nak join art trade Azzah ni. Just a simple dudel dari gue. Tangan still getaq-getaq lagi. Hikks. Sorry dear.
Taraaaa.... I'm Lolipop ^^
Eheem..
Harap Azzah suka :)
Babai..
Labels:
Art Trade
Doodle (gif) : Saya Blogger Aktif (Free)

Assalamualaikum kalian :)
Hope kalian sihat sentiasa. Hewhew. Gue bosan so gue saje nak bagi doodle ala kadar kurang upaya gue ni kat korang yang mahu. Huhu. Ehh, ada ke makhluk Allah yang nak ?? Kahkahkah! Sape nak ambil je la. Titew sajew sukew sukew bagiw jew niw. Hiwhiw. Rosak bahasa! Tapi maap la. Doodle gue doodle orang baru belajar. Mungkin ada kecacatan sana sini. Hekhek. Babai :D
(^_^)v
p/s : Ini bukan segmen atau apa-apa. Ini hanya suka-suka. Free gift la konon-nyaa. Hikhik
Doodle (gif) : Mulakan hari ini dengan senyuman

Assalamualaikum kalian :)
Mulakan hari ini dengan senyuman..
Moga hari ini, esok dan seterusnya lebih baik dari semalam..
;)
Smile makes you attractive. Changes your mood. Relieves you stress. And helps you to stay positive.
p/s : Best pulak main dengan gift ni. Takde flash pon jadi la. Hewhew ^^
OH My Jawi # 3

Assalamualaikum kalian :)
Macam biasa..Gue nak share karya Bro Emit dengan korang.
Hahaha. Jemput-jemput ketawa bersama. Muehehe
Kahkahkah ! Kesian miau ni kan ^^
Muahaha. Tak pasal-pasal kena bedung :P
Hahaha. Geli hati gue baca kisah miau ni. Terus ceria hari-hari gue hokay. Hewhew. Agak-agak dalam 1min korang habis baca tak? Hikk ^^
Babai..
p/s : Sedang berusaha membalas jejak dan komen kalian. Internet superlembap. Maaf maaf maaf , exspecially to GSF. U_U
Labels:
Jawi,
Karya Bro Emit
Resepi biskut MILO

Assalamualaikum kalian. Hepi weekend ye! :)
Harini gue nak ajar cara-cara buat biskut milo express.
Cara-cara ikut step bawah. Hewhew
Sumber : Facebook
HAHA. Sape pernah buat kenyit mata cepat. Hewhew. Ini la makanan paling pemes time gue kat sekolah dulu. Lagi-lagi gue dok hostel, before pegi PREP mesti buat 2 3 plastik. Alasan lambat sebab mende milo keras ni la. Hehe. Orang buat air, gue buat biskut. Sape rasa nak makan biskut milo express buat la cepat cam atas ni. Haha. Sedap weeh! Tapi sakit gigi sikit la. Sebab keras. Hihi. Bila dikenang zaman sekolah ni memang seronok plusssss rinduuuu ! Kan ^^
p/s : Mood kenang zaman sekolah tak habis lagi ni. Hukhuk :D
Labels:
Zaman sekolah
Meet them

Assalamualaikum kalian :)
3 stooges. Hihi
2 hari spend time dengan mereka. A lot of stories yang dibangkitkan. Hewhew. More to life in school. Sekolah Menengah Doktor Burhanuddin, Taiping. Alahaii, rindu lagi zaman sekolah.
Friendship is a gift.
Enjoy open it every day.
Labels:
Kawan
Doodle : Nota-nota Ramadhan 1

Assalamualaikum kalian :)
Ramadhan Bulan Berkat
Bulan Ramadhan bulan yang berkat
Bulan rahmat dan bulan utama
Pahala digandaka doa diterima
Bulan Lailatul Qadar yang istimewa
Isilah bulan ini banyakkan amalan
Beribadah malam, siang berpuasa
Banyakkanlah sedekah jangan dikira
Moga ia menjadi penebus dosa
Membaca Al-Quran jangan dilupakan
Zikir dan Tasbih elok disertakan
Meriahkan Ramadhan dengan bermacam cara
Agar Ramadhan tidak sia-sia
Hindarkanlah dosa di setiap anggota
Kalau boleh dosa hati jua
Kerna dosa itu merosakkan pahala
Agar kita tidak mensiakan Ramadhan
Isilah Ramadhan dgn sebaiknya
Kerna ia datang setahun sekali
Tahun hadapan belum tentu jumpa
Kerna kita mati bila-bila masa
Bulan rahmat dan bulan utama
Pahala digandaka doa diterima
Bulan Lailatul Qadar yang istimewa
Isilah bulan ini banyakkan amalan
Beribadah malam, siang berpuasa
Banyakkanlah sedekah jangan dikira
Moga ia menjadi penebus dosa
Membaca Al-Quran jangan dilupakan
Zikir dan Tasbih elok disertakan
Meriahkan Ramadhan dengan bermacam cara
Agar Ramadhan tidak sia-sia
Hindarkanlah dosa di setiap anggota
Kalau boleh dosa hati jua
Kerna dosa itu merosakkan pahala
Agar kita tidak mensiakan Ramadhan
Isilah Ramadhan dgn sebaiknya
Kerna ia datang setahun sekali
Tahun hadapan belum tentu jumpa
Kerna kita mati bila-bila masa
p/s : Mudah-mudahan kita semua sempat bertemu Ramadhan bakal tiba. Aamiinn :')
p/ss : Semangat gue share nota-nota ramadhan even puasa tak start lagi. Hee. Tak salah kot. Saje nak meraikan ketibaan puasa. Ehem ehem.. da habis ganti ke? Malam ni Nisfu Syaaban. Esok jom puasa nak? :)
Labels:
Doodle,
Nisfu Syaaban,
Ramadhan